Dua Rang Undang-Undang Dilulus Dewan Negara

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 7:56 PM

Johari membuat pembentangan RUU sebelum diluluskan anggota Dewan Negara berdasarkan undi sebulat suara.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara pada Rabu meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) iaitu RUU Perbekalan Tambahan (2015) 2016 dan RUU Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016. 

RUU Akta Perbekalan Tambahan (2015) 2016 adalah bagi mengusulkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM3.31 bilion.   

RUU itu diluluskan pada Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-13 Dewan Rakyat yang berakhir pada 7 April lalu.

Pembentangan RUU itu dibuat Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani dan diluluskan anggota Dewan Negara berdasarkan undi sebulat suara.

Sementara itu, RUU Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016 yang dibentangkan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri pula bertujuan menjadikan institut itu sebuah pertubuhan perbadanan bagi memajukan bidang penyelidikan dan membangunkan hasil penyelidikan dalam sektor perhutanan.

Penggubalan undang-undang itu akan membenarkan FRIM menubuh atau memajukansyarikat untuk memperkukuhkannya menjadi satu badan pihak berkuasa bagi mengkomersial dan mengurus program atau projek berkaitan bidang penyelidikan.

Semasa penggulungan, Hamim berkata kerajaan tidak mahu FRIM bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.

"Untuk mengurangkan kebergantungan kepada dana daripada kerajaan, FRIM perlu mencari rakan kongsi daripada operasi luar termasuk swasta dalam pembangunan produk dan teknologi yang boleh dikomersialkan," katanya.

RUU berkenaan turut diluluskan anggota Dewan Negara berdasarkan undi sebulat suara.

Persidangan Dewan Negara bersambung Khamis. 

Tags / Kata Kunci: Dua rang undang-undang , dewan negara , lulus

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan