DAP-PKR Temui Jalan Buntu Selesai Pertikaian Pembahagian Kerusi

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 3:16 PM

Chong Chieng Jen

(Ubah saiz teks)

KUCHING: DAP dan PKR seolah-olah menemui jalan buntu dalam mencari penyelesaian behubung pertikaian pembahagian kerusi.

Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata mereka akan terus bertanding di kerusi Batu Kitang walaupun terdapat cadangan calon mereka ditarik balik jika PKR bersetuju untuk menarik balik calon mereka di lima kerusi lain yang bercanggah.


Beliau menegaskan bahawa adalah lebih baik mereka 'membiarkan sahaja PKR' dan memberi tumpuan menentang Barisan Nasional (BN).

"Pertempuran kami di sini adalah terhadap BN. Apa yang kami bimbangkan sekarang adalah peperangan terhadap mereka, biarkan sahaja PKR.


"Mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu, mari kita abaikan sahaja mereka kerana kita semakin hampir menewaskan calon BN," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata jika bukan kerana PKR bertanding Batu Kitang, DAP masih mempunyai kelebihan terhadap pencabar bersama mereka.

Chong berkata, ini berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre yang mendapati bahawa DAP mempunyai peluang menang sebanyak 55 peratus berbanding BN 45 peratus.

"Tetapi kerana PKR, saya menganggarkan bahawa ini telah mengurangkan peluang kami ke 45 peratus," kata beliau sambil menambah DAP akan berkempen sepenuhnya dalam baki kempen bagi mendapat lebih banyak sokongan.

"Saya percaya kita boleh mengubah keadaan. Mari abaikan apa sahaja yang dikatakan oleh PKR. Mari kita letak PKR di tepi," katanya.

Chong juga menafikan dakwaan bahawa parti itu meletakkan calon Melayu, Abdul Aziz Isa di Batu Kitang, sebagai usaha untuk menguji kekuatan di kawasan majoriti Cina.

"Saya rasa Batu Kitang mempunyai peluang terbaik. Kita mahu melihat satu barisan pembangkang di mana anda perlu orang Cina, Iban, Orang Ulu, Bidayuh atau Melayu, "katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan