Biar Mukhriz Berdiri Di Atas Kaki Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 12:02 AM

Mukhriz Mahathir.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bersara secara hormat dan membenarkan anaknya, Datuk Seri Muhkriz berdiri di atas kaki sendiri dari segi politik memandangkan bekas Menteri Besar Kedah itu kini mendakwa mendapat sokongan 80 peratus dalam Umno, kata Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin.

Pembantu Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, selama bertahun-tahun Mahathir cuba untuk melonjakkan anaknya ke kedudukan teratas dalam Umno tetapi tidak pernah mengakuinya.

"Pertama, Tun Mahathir meminta anaknya bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Tetapi beliau tewas kerana kurang mendapat sokongan ahli parti, dan bapanya menyalahkan Perdana Menteri.

"Kemudian, Mukhriz menyandang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, negeri kelahiran Tun Mahathir. Tetapi beliau disingkirkan kerana kurang sokongan daripada ahli parti, dan sekali lagi bapanya menyalahkan Perdana Menteri, 'kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, jika Mukhriz mendapat 80 peratus sokongan dalam Umno seperti didakwa, beliau sepatutnya telah menjadi Naib Presiden Umno atau Menteri Besar Kedah.

Tengku Sarifuddin berkata, percubaan Mahathir untuk menjatuhkan perdana menteri, menjejaskan kepentingan negara dan berbohong mengenai kehilangan RM42 bilion dari 1MDB hanya untuk kepentingan anaknya ialah satu langkah yang dianggap oleh anggota Umno sebagai jauh menyimpang.

Beliau berkata, laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menunjukkan bahawa serangan Mahathir ke atas perdana menteri dengan menggunakan 1MDB ialah seperti guruh tanpa petir.

"Inilah sebabnhya mengapa Tun Mahathir hilang sokongan Umno. Ini juga sebab mengapa beliau meninggalkan Umno dan mendapat sokongan masyarakat Cina melalui Lim Kit Siang, iaitu orang yang pernah dipenjarakan dibawah pentadbirannya," kata beliau.

Tengku Sarifuddin juga mengulangi bahawa apa yang Mahathir perlu lakukan ialah menyatakan siapakah calon alternatif sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Bagaimana seorang yang mahu menentukan dan memutuskan segala-galanya mengelak menjawab satu soalan kritikal ini. Sehingga beliau berbuat demikian,  Tun Mahathir tidak boleh menyalahkan rakyat untuk mempercayai bahawa usahanya gagal untuk menjatuhkkan Perdana Menteri ialah berkisar untuk membuka jalan untuk anaknya," kata beliau. 

Tengku Sarifuddin berkata, Perdana Menteri (Najib) akan terus memberi tumpuan kepada isu-isu utama yang penting kepada Malaysia terutama memerangi ancaman keganasan dan melaksanakan rancangan ekonomi untuk rakyat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mukhriz Mahathir , Mahathir Mohamad

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan