APO2016: Sukar Ramal Siapa Menang 'Chef Selebriti Pilihan Online'

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) bakal melabuhkan tirainya dengan acara kemuncak akan bersiaran secara langsung di TV2 pada malam 30 April ini.

APO2016 mencipta kelainan apabila mengiktiraf selebriti hiburan, bintang sukan, ahli perniagaan muda, chef selebriti, penulis blog, ikon fesyen serta personaliti popular di media sosial di bawah satu bumbung menerusi satu penganjuran anugerah.

Dianjurkan mStar Online dan Suria FM di bawah Star Media Group Berhad serta dihebatkan penajaannya oleh kosmetik D’nars, kategori 'chef selebriti' adalah antara kategori yang sukar diramal.

Ini kerana rata-rata penyokong atau pengundi tidak putus-putus mengundi chef pilihan mereka walaupun pengundian akan ditutup pada 27 April sebelum audit dibuat.

Salah seorang calon Top 5 bagi kategori ini, Nik Michael Imran Nik Ezar, 26 pula berkata beliau tidak mengharapkan kemenangan dalam anugerah ini sebaliknya melihat penganjurannya sebagai sesuatu yang baik dan menggembirakan rakan-rakannya.

"Ia menggembirakan saya. Kami perlukan lebih banyak pendedahan. Saya gembira melihat rakan-rakan saya turut tercalon, ia satu persaingan sihat.

Pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad (kanan) bersama suami, Ahmad Shah Rizal. 

"Menang kalah kan adat bertanding, jadi sama ada menang atau kalah saya tetap gembira tercalon," katanya yang akan hadir pada malam anugerah ini.

Sementara itu Datuk Fazley Yaakob berkata, mendapat undi yang tinggi sehingga berjaya melepasi pencalonan awal adalah penghargaan buat dirinya yang baharu berjinak-jinak dalam bidang ini.

"Ini merupakan pencalonan pertama kali buat saya dan secara jujurnya memang saya agak terkejut kerana ketika mendapat berita saya tersenarai pada pencalonan awal saya berada di Paris," katanya.

Bagi Chef Adu Amran pula, beliau hanya menunggu malam penentuan setelah mengatur strategi untuk memancing undi peminat.

Katanya pengundi setia yang membuat undian paling banyak dijemput khas untuk menikmati juadah hasil air tangan beliau sempena pembukaan kafe The Canteen by Chef Adu pada 10 April lalu.

"Terima kasih kepada mereka yang mengundi saya. Tanpa undian penyokong, saya mungkin tak akan tercalon. Terima kasih sekali lagi," katanya.

Sementara itu, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 58, yang terkenal di laman sosial Instagram dan mempunyai hampir 200,000 pengikut berkata tidak seperti selebriti lain, beliau tidak menggunakan laman sosial Instagramnya untuk tujuan komersial.

Sebaliknya, beliau menggunakan laman sosial sebagai platform untuk memuat naik hal pandangan atau pendapat terbukanya dalam sesuatu perkara.

"Saya bukan seorang yang mahukan perhatian, jika mereka tidak suka dengan apa yang saya kongsi, itu adalah hak mereka dan saya tidak kisah," ujarnya ketika diminta mengulas mengenai APO 2016 dan penglibatannya di media sosial.

Bagi Chef Azli Razali yang menyedari namanya kurang dikenali berbanding calon-calon lain dalam kategori ini, beliau menyatakan kesyukuran selepas berjaya menempatkan diri bersama empat pesaing lain.

“Berbanding calon lain, saya mungkin kurang dikenali. Jadi apa salahnya untuk berusaha lebih sedikit. APO2016 juga adalah medium untuk menaikkan nama saya dalam bidang yang saya masakan.

“Sebab itu saya cuba lakukan apa yang termampu selain berkempen melalui pelajar-pelajar saya di fakulti. Dapat masuk top 5 pun saya dah bersyukur,” kata pensyarah Seni Kulinari di Fakulti Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pulau Pinang ini.

Tags / Kata Kunci: Chef Selebriti , APO 2016 , top 5

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan