730 Kes Mangsa Patukan Ular Sejak Januari 2016

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 730 kes mangsa dipatuk ular dengan satu kematian dilaporkan di seluruh negara dari Januari lepas sehingga Selasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata Kedah merekodkan jumlah tertinggi kes patukan ular iaitu 195 kes diikuti Perak (107 kes) dan Selangor (78 kes) manakala satu kematian berlaku di Kelantan.

Beliau berkata perlu dapatkan rawatan kecemasan dengan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan sekiranya terdapat mangsa yang disyaki dipatuk ular.

"Jangan buat apa-apa yang lain seperti potong luka, jangan cuba keluarkan air atau bisa atau darah dari tempat patukan. Juga tidak perlu ikat luka dengan kain.

"Pergerakan bahagian badan yang dipatuk ular perlu dikurangkan dan mangsa perlu ditenangkan. Segala keputusan mengenai memberi antivenom atau tidak akan dibuat oleh doktor," katanya dalam sidang media pada Rabu.

Dr Subramaniam juga memberi jaminan terdapat bekalan antivenom di 139 buah hospital kerajaan di negara ini dan sekiranya ubat penawar bisa ular itu kehabisan di sesebuah hospital, ia boleh dihantar ke hospital itu.

Katanya kebanyakan kes dipatuk ular di negara ini melibatkan ular tidak berbisa dan menurutnya doktor akan menentukan jenis antivenom yang akandiberikan dengan perlu mengetahui jenis ular yang patuk berdasarkan ciri-cirinya.

"Ini tidak bermaksud kita kena tangkap ular dan bawa ke hospital. Kalau pihak Bomba atau Perhilitan sudah tangkap ular itu, mereka boleh serahkan dihospital untuk bantu doktor," katanya. 

Menurut Dr Subramaniam, terdapat dua jenis antivenom iaitu yang spesifik terhadap satu jenis ular atau 'mono-valent' dan kombinasi beberapa jenis ular atau 'poly-valent'.

Katanya susulan kes kematian pelajar Tahun Satu akibat dipatuk ular baru-baru ini di Kelantan, buat masa ini belum ada keperluan untuk antivenom dibekalkan di sekolah-sekolah kerana ia hanya boleh diberikan oleh doktor dalam keadaan terkawal.

"Antivenom tidak boleh diberikan oleh sesiapa kerana risikonya. Risiko antivenom adalah lebih besar berbanding patukan ular itu sendiri. Seseorang itu mungkin menerima tindak balas daripada antivenom kerana ia diperbuat daripada serum kuda.

Apabila disuntik dengan serum haiwan, tubuh manusia akan bertindakbalas dan kami perlu mempunyai kemudahan untuk memulihkan pesakit yang dirawatitu," katanya.

Terdahulu, Dr Subramaniam menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Anestesiologi Akademi Perubatan Malaysia dan Kolej Anestesiologi Ireland berhubung peluang melanjutkan pengajian kepada doktor tempatan untuk mendapatkan kelayakan kepakaran pakar bius.

Katanya, setakat ini terdapat 487 pakar bius di negara, dan masih kekurangan kira-kira 200 tenaga dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan proses pembedahan serta pemulihan dan penjagaan rapi.

MoU itu ditandatangani oleh presiden kedua-dua kolej itu Dr Sushila Sivasubramaniam (Malaysia) dengan Dr Kevin Carson (Ireland). -Bernama

Tags / Kata Kunci: 730 kes dipatuk ular

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan