PRN Sarawak: PAS Yakin Mampu Cipta Kejutan - Abdul Hadi

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2016 3:20 PM

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

(Ubah saiz teks)

MIRI: PAS, yang disifatkan banyak pihak tidak relevan dalam senario politik Sarawak, optimis parti itu mampu membuat kejutan pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) kali ini.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau yakin dengan prestasi parti itu, biarpun bukan hanya terpaksa berdepan Barisan Nasional (BN), malah perlu bersaing dengan kumpulan parti serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah) dan bekas sekutunya, PKR dan DAP.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan manifesto PAS  bagi kerusi Lambir dan Jepak di sebuah restoran di sini, malam Isnin.

Selain berdepan BN, PAS yang akan bertanding 11 kerusi pada pilihan raya kali ini, akan menentang Amanah di Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro, manakala dengan PKR di Kakus, Jepak dan Lambir, serta DAP di Samalaju dan Pujut.

Dalam pada itu, PAS akan bertanding satu lawan satu dengan BN di kerusi Pantai Damai.

Amanah pula akan bertanding di 13 kerusi pada pilihan raya kali ini, terutamanya di kawasan yang majoriti pengundinya kaum Melayu-Melanau.

Dalam PRN-10 pada 2011, PAS bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro, namun gagal memenangi sebarang kerusi.

Ketika ditanya mengenai Amanah yang akan bertanding buat pertama kali pada PRN, Abdul Hadi menyifatkan parti itu sebagai 'parti nyamuk', dan tidak akan memberi cabaran sengit kepada parti yang sudah kukuh.

Mengulas kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang mengenai perbalahan dalam kalangan parti-parti pembangkang akan memberi kelebihan kepada BN, Abdul Hadi tidak bersetuju dengan pandangan itu.

Dalam pada itu, PAS akan berdepan pertandingan tiga penjuru di kebanyakan kerusi ditandinginya, kecuali di Sadong Jaya dan Pujut, yang melibatkan saingan empat penjuru.

Selain itu, parti berkenaan juga akan bertanding di dua kawasan majoriti penduduk kaum Iban di Kakus dan Samalaju, serta satu kawasan majoriti masyarakat Cina di Pujut.

Parti berkenaan juga meletakkan calon bukan Islam, iaitu Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak, Clement Bayang, 59, yang merupakan bekas penyanyi dan artis rakaman Iban, untuk bertanding kerusi Kakus.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan