Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) Anjur Majlis Makan Malam

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2016 11:56 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) akan menganjurkan majlis makan malam bertemakan 'Malam Muafakat Johor 2016' di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada Jumaat malam.

Ketua Penerangan PAMJ, Ibrahim Kamal berkata, Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin yang merupakan penaung PAMJ adalah tetamu kehormat yang akan menyerikan majlis tersebut.

"Matlamat utama majlis ini dianjurkan ialah bagi memupuk semangat muhibbah dan mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli-ahli dan masyarakat umum.

"Di samping itu, ia bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan PAMJ menjalankan aktiviti dan kegiatan yang bermanfaat kepada ahli-ahli dan masyarakat am di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ibrahim memberitahu, antara usaha yang telah dan akan terus dilakukan oleh PAMJ untuk mencapai objektif tersebut ialah mempertingkatkan kefahaman agama, menggalakkan dan membantu minat, kecenderungan serta usaha dalam bidang ekonomi.

Selain itu ialah menyumbang keupayaan dalam penyempurnaan hasrat dan cita-cita negara dalam bidang ekonomi penididkan, agama, kebudayaan dan kemasyarakatan serta membantu kebajikan ahli-ahli.

Penaung Diraja PAMJ yang ditubuhkan sejak 32 tahun lalu ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar manakala penasihatnya, Tun Musa Hitam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Persatuan itu diketuai oleh Datuk Sri Syed Hussien Abd. Kadir Alhabshee yang merupakan presiden PAMJ.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Ibrahim di talian 017 886 4875 dan urusetia PAMJ, 019 665 0902; atau e-mel pertanyaan kepada pamj.wp.selangor@gmail.com 

 

 

 

 


Tags / Kata Kunci: PAMJ , Johor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan