Kerajaan Sarawak Akan Bantu Bebas Mangsa Culik - Adenan

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2016 5:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan melakukan apa sahaja untuk membantu pembebasan empat warga Malaysia yang diculik di perairan Pulau Ligitan, Sabah pada 1 April lalu.

"Sudah pasti kita akan (membantu) membebaskan mereka," kata Adenan ketika ditanya pemberita sekiranya kerajaan negeri akan membantu pembebasan empat mangsa culik itu.

Mengenai dakwaan tiada sebarang reaksi balas daripada kerajaan mengenai nasib tebusan, Adenan berkata kerajaan bersimpati dengan semua keluarga mangsa culik itu.

"Perkara ini melibatkan Kementerian Luar tetapi sudah semestinya kami bersimpati dengan keluarga mangsa," katanya.

Di Sibu, keluarga keempat-empat mangsa culik itu muncul dalam satu ceramah pembangkang dan Barisan Nasional pada hari pertama kempen bagi memohon pertolongan.

Calon dari kedua-dua parti terkejut apabila sekumpulan 10 individu tampil secara tiba-tiba.

Mereka adalah ahli keluarga adik beradik Wong Teck Pang, 31, dan Teck Chi,  29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, (bukan ahli keluarga).

Empat lelaki yang berasal dari Sarawak itu diculik dari kapal 'Masfive 6' yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila oleh sekumpulan lelaki bersenjata Filipina.

Kumpulan tersebut memberi tempoh masa sehingga 30 April untuk pembayaran wang tebusan.

Jika tuntutan itu gagal dipenuhi maka semua mangsa akan dipenggal.

Tags / Kata Kunci: Adenan Satem , culik , Pulau Ligitan , PRN Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan