Kedudukan Ekonomi, Sosioekonomi Rakyat Baik, Wajar Dibanggakan - PM

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2016 9:42 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada pihak yang boleh menafikan bahawa kedudukan ekonomi dan tahap sosioekonomi rakyat Malaysia adalah baik dan wajar dibanggakan.

Berdasarkan lawatan-lawatan rasmi dan tidak rasminya, katanya beliau melihat ramai rakyat kini memiliki kualiti kehidupan yang baik, malah boleh disifatkan antara yang terbaik di rantau ini.

"Misalnya, saya lihat ibu bapa di bandar-bandar dapat membawa anak-anak mereka bercuti dan membeli-belah terutama menjelang musim cuti sekolah.

"Saya juga diberitahu, semasa MATTA Fair (Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia) baru-baru ini, penjualan pakej-pakej percutian dan tiket-tiket penerbangan begitu laris sekali. Malah, promosi dan jualan hari-hari perayaan seperti Aidilfitri sudah pun bermula seawal bulan lepas," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2015 di Angkasapuri di sini, malam Selasa.

Pelancaran itu disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata keadaan sosioekonomi sebenar negara dan rakyat bertentangan dengan apa yang cuba dimomokkan dan dipersepsikan secara negatif oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Justeru itu, beliau meminta rakyat menolak dan menepis semua pandangan yang tidak membina itu kerana kerajaan sekarang tekad menumpukan segala agenda dan usaha untuk memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat.

Perdana Menteri turut berkongsi dengan rakyat tentang beberapa pencapaian hasil kejayaan NTP yang disifatkannya amat membanggakan.

Beliau berkata pada 2010, kerajaan mengumumkan komitmen agar perkhidmatan awam ditransformasikan supaya mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkat.

"Hasil daripada komitmen itu, tempoh menunggu di 17 hospital kerajaan dapat dipendekkan sehingga 50 peratus dan memanfaatkan kira-kira dua juta pesakit," kata beliau.

Menurutnya hasil transformasi kawasan luar bandar juga menyaksikan seramai 5.5 juta rakyat dapat menikmati kemudahan air, elektrik dan jaringan jalan raya.

"Sejak lima tahun lepas juga, hampir tiga juta rakyat dapat menggunakan 5,300 kilometer jalan raya baharu yang telah dibina. Seterusnya lagi, dalam tempoh sama, kira-kira 1.7 juta lagi rakyat mendapat akses kepada air paip yang menyediakan bekalan air bersih kepada lebih 340,000 isi rumah, manakala sejumlah 144,000 isi rumah lain mendapat akses kepada bekalan elektrik 24 jam," katanya.

Dalam ucapannya, perdana menteri turut berkongsi kisah kejayaan beberapa individu hasil daripada pelaksanaan NTP.

Antaranya ialah kejayaan Chik Azmily Che Abdul Aziz dari Kampung Beoh Gunong, Kelantan yang dahulunya tukang kebun dan buruh harian memetik kelapa sawit, namun hasil program 1AZAM Tani, kehidupannya berubah menjadi seorang petani dan berjaya menggandakan pendapatan daripada hanya RM500 sebulan kepada RM5,000 sebulan.

Najib turut berkongsi kisah Manimaran Ekamparam dari Kampar, Perak dan syarikatnya M.S Village Foods Sdn Bhd yang berjaya menembusi pasaran lebih besar setelah menerima Pensijilan Paiwaian Kualiti di bawah Program Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Hasil program itu, syarikat Manimaran yang membekalkan makanan ringan seperti maruku dan kacang telah meningkatkan nilai jualan tahunan syarikatnya daripada RM1.9 juta pada 2012 kepada hampir RM3 juta dua tahun kemudian.

Sementara itu, di bawah program Skim Permulaan Usahawan Bumiputera atau SUPERB, Najib berkata ia berjaya membawa transformasi kepada Patang Saharing dari Tawau, Sabah yang menubuhkan sebuah Spa Pergigian yang kreatif dan luar daripada kelaziman.

Menurutnya kejayaan para usahawan dan syarikat-syarikat di negara ini, sama ada yang mendapat bantuan langsung dari pihak kerajaan atau dari pihak-pihak lain, tidak mungkin menjadi realiti jika tiada keamanan dan perpaduan serta keberadaan negara dalam suasana maju dan makmur.

"Dengan yang demikian, contoh-contoh kejayaan keusahawanan dan korporat yang pelbagai di negara ini wajarlah dijadikan tauladan," kata beliau. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: NTP 2015 , Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan