Kerajaan Kaji Beri Vaksin Campak, Ruam Kepada Kanak-Kanak Warga Asing

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 4:52 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kementerian Kesihatan akan mengkaji kemungkinan memberi suntikan vaksin demam campak dan ruam kepada kanak-kanak warga asing yang tinggal di negara ini bagi mengelak peningkatan penyakit itu dalam kalangan rakyat tempatan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Datuk Dr S. Jeyaindran berkata kementerian itu kini giat memantau perkembangan penularan penyakit itu di negara ini selepas ia turut terkesan dengan gerakan anti vaksin oleh segelintir pihak yang menolak suntikan tersebut kerana khuatir ia mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir.

"Sehingga kini di Malaysia, banyak pendatang tanpa izin dan anak-anak mereka tidak dapat vaksinasi. Apa yang kita takut masalah ini akan jadikan penyakit ini berjangkit kepada warga tempatan.

"Jadi, kita nak kaji semula sama ada nak beri vaksin kepada golongan ini untuk kebaikan negara kita. Kalau mereka (warga asing) dibenarkan melahirkan anak-anak di sini dan tidak diberi vaksinasi, lama-lama ia akan menjadi satu punca (penularan wabak) kepada kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Bersekutu Kelantan Ke-2 2016 yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Pengarah Bahagian Kesihatan Sains Bersekutu Kementerian Kesihatan Datuk Tan Yoke Hwa di sini, Isnin.

Persidangan tiga hari itu turut disertai 265 peserta termasuk 21 pembentang poster dan 17 pembentang oral dari negeri ini.

Sabtu lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dilaporkan berkata kes serta wabak campak dan ruam meningkat di negara ini kepada 1,402 kes pada 2015 berbanding 235 kes pada 2014 berikutan tentangan gerakan anti vaksin yang menolak pemberian vaksin kerana khuatir ia mengandungi DNA khinzir.

Dr Jeyaindran berkata pihaknya hanya mampu memberi kesedaran kepada ibu bapa berhubung suntikan vaksin demam campak dan ruam bagi mengelak kanak-kanak berdepan risiko mendapat penyakit lain ketika mereka membesar.

"Kita hanya boleh meningkatkan kesedaran kerana ada beberapa golongan ibu bapa yang berfikir vaksin membawa kesan yang tidak diingini terutamanya autisme dan sebagainya.

"Tapi (dakwaan) itu tiada bukti saintifik dan kalau tanya pakar kanak-kanak, mereka akan kata risiko kepada mereka yang tidak diberi vaksin jauh lebih tinggi," katanya.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: vaksin , campak , ruam , warga asing

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan