Tiada Konflik Kepentingan Peribadi - Khalid

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 2:40 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

BANGI: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan tidak timbul sebarang konflik kepentingan peribadi dalam perniagaan menjual dan membaiki senjata milik anak perempuannya.

Khalid berkata anak perempuannya memulakan perniagaan tersebut sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara.

"Mereka mendapat lesen perniagaan sebelum saya menjadi Ketua Polis Negara," katanya pada sidang media selepas menghadiri program 'Bicara Persada' di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pagi Isnin.

Khalid berkata beliau turut melarang anaknya daripada memohon tender daripada kerajaan mahupun pasukan polis.

"Kalau ada apa-apa tender diberikan kepada mereka melalui saya, Sarawak Report perlu melaporkannya sekarang.

"Jadi saya tidak fikir wujud layanan istimewa atau konflik kepentingan peribadi," katanya.

Mengenai dakwaan portal itu bahawa wujud konflik kepentingan peribadi dalam pemberian lesen senjata, Khalid berkata beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu menjejaskan siasatan.

"Saya yakin akan ada siasatan jadi saya tidak mahu menjejaskannya dengan memberikan sebarang komen," katanya.

Portal Sarawak Report mendakwa anak kedua Khalid, Juwiza Khalid, 32, merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat Nilai Arms & Ammunitions (NAA).

Menurut portal itu, abang ipar Khalid, Mohd Isa Husin, 59, juga merupakan pemilik bersama perniagaan tersebut.


Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , perniagaan senjata

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan