Sistem Temujanji Berperingkat Di Semua Klinik Kesihatan Kerajaan

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 11:22 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Semua klinik kerajaan termasuk kemudahan klinik 1Malaysia di seluruh negara diarahkan untuk melaksanakan sistem temujanji secara berperingkat untuk pelanggan tetap bagi mengurangkan kesesakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sistem itu penting kerana salah satu rungutan daripada pelanggan terutamanya mereka yang menghidap penyakit kronik adalah terpaksa menunggu lebih lama sebelum dapat mendapatkan temujanji dengan doktor.

"Memandangkan kebanyakan pelanggan memilih untuk datang awal pagi, mereka tidak pilihan tetapi perlu menunggu lebih lama sebelum dapat bertemu dengan doktor," katanya menerusi surat pekeliling yang diedarkan kepada Pengarah Kesihatan setiap negeri.

Pelanggan yang mendapatkan rawatan penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, asma dan sebagainya mempunyai jangka waktu antara satu hingga tiga bulan untuk temujanji seterusnya.

Dr Noor Hisham berkata walaupun sistem itu telah diperkenalkan sebagai dasar operasi perkhidmatan di fasiliti kesihatan sebelum ini, ia perlu dilaksanakan di semua klinik kesihatan seluruh negara termasuk klinik kesihatan ibu dan anak bagi memastikan sistem perkhidmatan yang lebih efisien.

"Saya berharap agar mereka yang bertanggungjawab di atas pengendalian pemantauan angkah ini akan memastikan sistem temujanji berperingkat dilaksanakan," katanya.

Di bawah sistem tersebut, pelanggan disarankan untuk hadir 30 minit lebih awal bagi urusan pendaftaran.

Selepas sesi pendaftaran, satu pasukan perubatan akan memeriksa tekanan darah pelanggan selain melakukan beberapa prosedur rutin lain seperti merekodkan suhu badan, berat badan, ketinggian dan pemeriksaan lain yang dirasakan perlu.

Hanya selepas itu, pelanggan akan dirujuk kepada doktor sebelum diberikan preskripsi ubat dan tarikh temujanji seterusnya.



iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan