Singkir Sekutu Pakatan Harapan Jika Ingkar - Suhaizan

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 7:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakan sekutu Pakatan Harapan yang mengingkari perjanjian boleh disingkirkan daripada gabungan parti politik itu, kata Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah), Suhaizan Kaiat.

Beliau berkata, tindakan menentang Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani pemimpin gabungan itu akan membawa kepada parti memberontak itu dibubarkan.

"Perjanjian dibuat supaya pendekatan 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dihentikan seperti mana berlaku pada Pakatan Rakyat yang menyebabkan ia bubar," katanya kepada The Star Online.

Suhaizat menjelaskan, langkah seterusnya untuk tiga parti gabungan Pakatan Harapan termasuk DAP dan PKR adalah untuk melantik wakil yang akan terlibat dalam rundingan jika timbul sebarang isu.

"Setiap parti akan membincangkan isu yang timbul di peringkat dalaman dan melantik wakil yang akan berunding dengan wakil parti lain.

"Keputusan muktamad bagaimanapun terletak pada majlis presiden gabungan," katanya.

Bagaimanapun Suhaizan tidak pasti bila akan berlangsung mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan sambil menambah ia mungkin berlangsung selepas pilihan raya Sarawak pada 7 Mei.

Pada Isnin, dua ahli Pakatan Harapan, masing-masing DAP dan PKR akan bertanding sesama sendiri di enam kerusi - Mambong, Ngemah, Siamanggang, Murum, Mulu dan Bukit Kitang.

Tags / Kata Kunci: Pakatan Harapan , Suhaizan Kaiat , Amanah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan