Permohonan Cerai Kini Di Hujung Jari

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 12:37 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aplikasi permohonan cerai secara dalam talian yang diperkenalkan di Perak dijangka menamatkan kes tertunggak di mahkamah syariah di negeri itu.

Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata aplikasi yang dikenali sebagai 'MySolve' itu memberi manfaat kepada pasangan Islam yang mahu berpisah secara baik.

"Aplikasi dalam talian itu bukan bertujuan untuk menggalakkan perceraian tetapi memudahkan pasangan yang tidak mempunyai sebarang pertikaian dalam rumah tangga mereka," katanya.

Permohonan itu boleh diakses menerusi laman sesawang http://mysolve.perak.my/ dan juga menggunakan peranti Android.

Zainul Rijal berkata objektif aplikasi tersebut adalah untuk membenarkan pendaftaran secara elektronik bagi permohonan perceraian berbanding memfailkan ia secara manual di kaunter.

"Mahkamah akan memberi reaksi balas dalam tempoh tiga hari untuk menetapkan tarikh. Pihak terlibat perlu datang pada tarikh ditetapkan dengan membawa bersama dokumen lengkap.

"Selepas kes itu difailkan, ia kemudiannya akan disebut dihadapan pendaftar dan dibawa ke Hakim Syarie dengan segera.

"Kes itu boleh diselesaikan pada hari yang sama," katanya yang menyambut baik pelaksanaan aplikasi tersebut.

Namun, masih belum dapat ditentukan sama ada aplikasi tersebut boleh digunakan untuk kes sedia ada yang boleh membantu mengurangkan kes tertunggak.

"Apa yang saya boleh katakan adalah kes-kes pada masa hadapan akan diselesaikan dengan cepat dan keadilan akan disediakan untuk semua pihak terutamanya wanita.

"Mereka boleh memberi tumpuan kepada keperluan pada masa hadapan dan juga tuntutan lain seperti mutaah, nafkah, harta sepencarian, tempoh edah dan hak penjagaan anak," katanya.

Sehingga hari ini, seramai 34 pasangan menggunakan aplikasi tersebut.

Yuran pendaftaran untuk setiap permohonan perceraian menggunakan aplikasi tersebut ditetapkan pada RM50.

Tags / Kata Kunci: aplikasi Mysolve , Perak , cerai

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan