Perkahwinan Bawah Umur Bukan 'Menghalalkan' Kes Rogol

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 12:30 AM

Gambar hiasan. Foto wazifaforloveback.com

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perkahwinan‭ ‬di ‬bawah‭‭ ‬umur‬‭ ‬seperti‭ ‭yang ‬diperuntukkan‭ ‬di dalam‭ ‬‬undang-undang‭ ‬‬keluarga‭‭ ‬Islam‭ ‬‬bukanlah‭ ‭‬suatu‭ 'keistimewaan’ kepada ‬umat‭ ‬Islam‭‭ ‬dan‭ ‬sama‭‬ sekali ‬tidak‭ ‬bertujuan ‭‬‘menghalalkan’ kes rogol sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.  

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa untuk‭ ‬membenarkan ‬perkahwinan‭ ‬di bawah umur‭ ‬‬setelah‭ ‬‬siasatan‭‬ ‬rapi‭‬ ‭‬dijalankan‭ selain ia‭ ‬tertakluk‭ ‬kepada persetujuan  ibu bapa dan pasangan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, laporan sebua akhbar berbahasa Inggeris berhubung perkara itu, ‬y‭ang disiarkan pada 23 April 2016, adalah‭ ‬kurang‭ ‬tepat‭ ‬dan ‬mengelirukan.

"Contoh-contoh‭ ‬kes‭ ‬yang‭ ‬dinyatakan‭ ‬oleh‭ ‬akhbar‭ ‬berkenaan‭‭ ‬melibatkan perkahwinan individu di bawah umur yang dirogol merupakan kes terpencil yang ditemui oleh Mahkamah Syariah, dan jumlahnya amat kecil," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Menurutnya, individu ‬yang ‬terlibat melakukan‭ ‬kesalahan ‬jenayah ‬tersebut ‭ ‬tetap ‬dikenakan‭‭ ‬hukuman ‬sebagaimana ‬diperuntukkan‭ secara‭ ‬jelas mengikut Kanun Keseksaan.

"Jabatan‭ ‬Kehakiman‭ Syariah‭‭ ‬Malaysia dengan‭ ‬kerjasama Mahkamah Syariah Negeri-negeri sentiasa memantau setiap permohonan perkahwinan di bawah umur bagi mengelakkan sebarang bentuk penganiayaan terutama kepada individu di bawah umur," kata Ibrahim.

Malah, katanya, masyarakat bukan Islam juga dibenarkan‭ menjalankan perkahwinan di bawah umur ‬menurut‭‭ ‬undang-undang‭‭ dengan ‬pasangan yang belum mencapai usia 18 tahun perlu mengemukakan‭‬ ‭permohonan‭ ‬kepada‭ ‬Menteri‭‭ ‬Besar‭‭ ‬atau‭ ‬Ketua ‬Menteri. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan