PRN Sarawak: DAP Lawan PKR Di Batu Kitang

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 9:09 AM

Abdul Aziz Isa.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: DAP mengesahkan calon tunggal Melayu parti itu, Abdul Aziz Isa akan bertanding menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Batu Kitang.

Sumber dalaman parti mengesahkan perkara itu menjelang proses penamaan calon pada Isnin bahawa Abdul Aziz yang sepatutnya bertanding di kerusi Stakan kini akan menghantar borang pencalonan di Batu Kitang.

Abdul Aziz pada asalnya akan bertanding di kawasan majoriti penduduk Melayu, Stakan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menamakan Abdul Aziz sebagai calon untuk kerusi Stakan pada 21 April lalu.

Pada masa sama, beliau berkata Abdul Aziz merupakan calon terbaik di kerusi berkenaan.

Namun, pada Ahad, DAP Sarawak mengeluarkan kata-kata akhir kepada PKR menggesa sekutunya dalam Pakatan Harapan untuk mematuhi perjanjian yang dicapai antara kedua-dua parti.

Malah, DAP memberi amaran bahawa mereka akan bertanding satu kerusi tambahan sekiranya PKR menampilkan calon di luar senarai yang dipersetujui kedua-dua parti itu, sebelum ini.

Chong menunjukkan kepada media perjanjian bertulis antara Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang ditandatangani pada 7 April lepas.

Dalam perjanjian itu PKR akan bertanding di kerusi Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga.

Sementara kerusi Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum akan ditandingi oleh DAP.

Sebelum ini timbul cakap-cakap bahawa mungkin berlakunya pertembungan tiga penjuru di kawasan tertentu akibat pertelagahan kerusi antara kedua-dua parti itu.

Tags / Kata Kunci: DAP , PKR , Batu Kitang , PRN Sarawak

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan