Dua Veteran Hadiri Upacara Memperingati Wira Perang Yang Gugur

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 1:53 PM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Dua veteran yang kini berusia lebih 90 tahun yang pernah berjuang semasa Perang Dunia Kedua, menghadiri upacara khas bagi memperingati tentera Australia, New Zealand dan tempat yang terkorban dalam perang itu pada Isnin.

Ron Hatch, 92, dan Len Snell, 95, menghadiri upacara khas Kor Tentera Australia dan New Zealand (ANZAC) yang diadakan di Taman Memorial WWII Labuan, memorial wira perang terkorban yang terbesar di Malaysia.

Hatch ialah komando berkhidmat dengan Batalion Komando Ke-2/Ke-22 semasa Kempen Pembebasan Labuan dan Asia Pasifik manakala Snell berkhidmat dengan briged Ke-2/Ke-24 9th Division Australian Imperial Force-Borneo-D Days Oboe 1 Tarakan.

Diiringi kira-kira 68 anggota keluarga dan rakan, mereka menghadiri upacara itu yang bermula pada 5 pagi dan dihoskan oleh Borneo Exhibition Group Inc, Perth, dengan kerjasama Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia Labuan.

Upacara hari ini diadakan bersempena ulang tahun tindakan ketenteraan secara besar-besaran yang pertama diambil oleh pasukan tentera Australia dan New Zealand dalam Perang Dunia Kedua di Malaya ketika itu (kini Malaysia).

Sebanyak 27 pelajar Malaysia daripada Sarawak, Sabah dan Labuan turut mengambil bahagian dalam upacara itu sebagai menghargai pengorbanan tentera berkenaan dalam Perang Dunia Kedua.

Tags / Kata Kunci: New Zealand , Labuan , Perang Dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan