10,915 Anak Tak Sah Taraf Direkod JPN Kedah

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 1:56 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seramai 10,915 anak tak sah taraf direkodkan Jabatan Pendaftaran Negeri Kedah bagi tempoh 2010 hingga 2015, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu pada Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat Datuk Suraya Yaacob berkata daripada jumlah itu, seramai 1,553 anak tak sah taraf direkod pada 2010; 1,620 (2011); 1,932 (2012); 1,760 (2013); 1,928 (2014) dan 2,122 pada 2015.

Suraya yang juga ADUN Sungai Tiang berkata bagi tempoh Januari hingga Februari 2016 pula, seramai 210 anak tak sah taraf direkodkan, dengan daerah Kota Setar mencatat jumlah tertinggi iaitu 76, diikuti Kulim (30) dan Kuala Muda seramai 27 orang.

"Kewujudan anak tak sah taraf ini disebabkan anak kesan rogol, kes luar nikah, dan sebahagian besarnya kerana perkahwinan tidak teratur," katanya ketika menjawab soalan Datuk Siti Aisah Ghazali (PAS-Merbau Pulas) mengenai jumlah kelahiran anak tak sah taraf di Kedah.

Menjawab soalan tambahan Aishah sama ada terdapat polisi kerajaan untuk memudahkan urusan perkahwinan kedua tanpa melalui prosedur biasa yang ditetapkan kerajaan, Suraya berkata perkara tersebut agar sukar untuk dilaksanakan.

Jelas beliau, perkahwinan tidak teratur di negeri ini banyak disebabkan faktor kedudukan Kedah yang bersempadan dengan Thailand, dan memudahkan rakyat di negeri ini untuk mengambil jalan mudah dengan menikah di sempadan.

"Yang menjadi masalah kerana kos mendaftar nikah dengan pihak Jabatan Kehakiman Syariah dan keduanya poligami tanpa pengetahuan isteri pertama.

"Kedua-dua ini tidak boleh dipermudahkan prosesnya, kalau kita mudahkan ini akan membabitkan hak-hak isteri pertama," katanya.

Beliau berkata bagi mengurangkan masalah yang sering timbul khususnya kepada anak akibat masalah ini, kerajaan negeri turut membuat bengkel bersama Jabatan Agama Islam Kedah dan JPN bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan perkahwinan secara teratur.

"Ini supaya wanita-wanita yang secara rela sanggup kahwin di luar negara mengetahui tatacara sebenar. Mereka perlu bertanya sama ada perkahwinan mereka dapat dokumen berkaitan di Konsulat sesebuah negara. Perlu tahu hak dan tanggungjawab mereka.

"Apabila sudah balik ke Malaysia, mereka perlu daftarkan perkahwinan mereka secara sah dan dokumen itu perlu disimpan bagi memastikan ada hitam putih sekiranya apa-apa berlaku," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Kedah , Dewan Undangan Negeri , JKM

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan