PRN Sarawak: 226 Calon Bertanding 80 Kerusi DUN

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 5:22 PM

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN) N7 Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (tengah) ketika berjalan ke Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya DUN Negeri Sarawak di Dewan Datuk Merpati Jepang pagi Isnin. Turut mengiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Ir Idris Haron (kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seramai 226 calon bertanding merebut 80 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) pada 7 Mei ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 80 DUN, PKR (40 DUN), DAP (31 DUN), Parti Amanah Negara (13 DUN), PAS (11 DUN), STAR (11 DUN), PBDS Baru (5 DUN) selain 35 calon Bebas turut bertanding.

Sepanjang proses penamaan calon yang berlangsung selama sejam bermula 9 pagi Isnin, sebanyak 230 kertas pencalonan dikemukakan namun, dua calon menang tanpa bertanding dan kertas pencalonan bagi dua calon lain ditolak.

Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Industri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang juga Naib Presiden Kanan PBB menang tanpa bertanding untuk kekal menyandang kerusi DUN Bukit Sari.

Datuk Abdul Rahman Ismail juga dari PBB menang tanpa bertanding untuk kekal menyandang kerusi DUN Bukit Kota.

Bercakap pada sidang media di Pejabat SPR Sarawak di sini, Isnin.

Mohd Hashim berkata kertas pencalonan calon PKR bagi DUN Pantai Damai dan calon Bebas di Kuala Rajang ditolak kerana kedua-duanya didapati tidak layak bertanding. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: DUN , PRN Sarawak

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan