SPR Siap Sedia Hadapi Penamaan Calon Isnin

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2016 9:25 PM

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah (dua, kanan) meninjau persiapan terakhir para petugasnya menjelang hari penamaan calon esok di bilik gerakan SPR Sarawak pada Ahad. Turut kelihatan anggota SPR, Datuk Christopher Wan Soo Kee (kanan). Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah siap sedia untuk mengendalikan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) pada Isnin.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata segala persiapan di 82 pusat penamaan calon berjalan lancar.

"Bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon esok, kita (SPR) akan menempatkan petugas yang secukupnya bergantung kepada keluasan Dewan Undangan Negeri (DUN), selalunya dalam lingkungan 20 petugas di setiap pusat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau bilik operasi SPR, di Pejabat SPR Sarawak, di sini Ahad.

Mohd Hashim berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh SPR Sarawak termasuk pengoperasian bilik gerakannya yang akan dibuka sepanjang tempoh pilihan raya itu.

Katanya, bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam sehingga ke hari pengundian 7 Mei ini bagi memastikan segala pengurusan dan penyampaian maklumat berkaitan pilihan raya itu dapat berjalan lancar. - Bernama

Tags / Kata Kunci: SPR

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan