20 Kawasan Dijangka 'Panas' Pada PRN-11 - Polis

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2016 9:51 PM

Zulkifli Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti 20 kawasan yang dijangka 'panas' sepanjang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini. 

Justeru itu, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya akan memberi lebih perhatian terhadap kawasan-kawasan berkenaan.

"Kita sudah mengambil tindakan awal di kawasan berkenaan, namun berdasarkan pengalaman kita di Sarawak sebelum ini, kami yakin tiada isu besar yang akan berlaku," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada petugas PDRM pada PRN-11 di sini, Ahad.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, kesemua 7,000 pegawai dan anggota PDRM yang akan bertugas sepanjang PRN-11, diberikan kursus dan latihan terutama mengenai peraturan pilihan raya.

"Persiapan sudahpun bermula awal, kita telah mengadakan kursus dan latihan supaya mereka bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku," katanya.

Beliau berkata, semua anggotanya sudah bersedia sepenuhnya bagi memastikan kelancaran serta keselamatan orang ramai sepanjang proses pilihan raya negeri kali ini.

Zulkifli berkata, PDRM juga telah menyediakan peruntukan berjumlah RM4 juta merangkumi semua aspek termasuk dari segi logistik. 

"Peruntukan ini perlu bagi kelancaran tugasan dan memastikan supaya anggota kita berada di semua pusat mengundi di seluruh Sarawak," katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan