Bilangan Pesakit Di HSA, HSI Meningkat Dalam Tempoh Dua Tahun

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2016 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

ISKANDAR PUTERI: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad diberitahu, bilangan pesakit di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Baru menunjukkan peningkatan dalam tempoh dua tahun ini berikutan kos rawatannya yang murah dan perkhidmatan berkualiti.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata mengikut rekod, seramai 477,896 pesakit menerima rawatan di HSA pada tahun lepas dan daripada jumlah terbabit seramai 91,747 orang merupakan pesakit dalam manakala 386,149 orang lagi merupakan pesakit luar.

"Bagi tahun 2014 pula, seramai 455,621 pesakit direkodkan menerima rawatan di HSA iaitu seramai 91,327 orang adalah pesakit dalam manakala 364,294 orang lagi merupakan pesakit luar," katanya di sini Ahad.

Beliau menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (DAP-Bukit Batu) berhubung bilangan pesakit di HSA dan HSI yang semakin bertambah selain kaedah untuk mengatasi isu kebersihan serta masa menunggu yang panjang untuk mendapat rawatan.

Ayub berkata bagi HSI pula, seramai 367,457 pesakit menerima rawatan pada tahun lepas dan daripada jumlah itu, 49,697 orang merupakan pesakit dalam manakala 317,760 lagi merupakan pesakit luar.

Beliau berkata bagi tahun 2014 pula, 349,651 pesakit mendapat rawatan di HSI dengan 48,915 orang daripadanya adalah pesakit dalam manakala 300,736 lagi pesakit luar.

Mengenai tahap kebersihan di kedua-dua hospital berkenaan, beliau berkata, aktiviti pembersihan dalam bangunan dijalankan secara berjadual oleh syarikat yang dilantik secara kontrak oleh Kementerian Kesihatan dan pemantauannya dilakukan oleh Unit Kawalselia Hospital serta Unit Kejuruteraan Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Menurut Ayub, bagi mengatasi masalah waktu menunggu untuk mendapatkan rawatan, pihak pengurusan hospital melaksanakan beberapa inisiatif antaranya penggunaan sistem blok iaitu dengan memastikan pesakit diberikan temu janji di klinik pakar.

"Sementara itu, di Jabatan Kecemasan pula, saringan awal dilakukan di kaunter triaj untuk memastikan rawatan awal diberikan mengikut tahap keseriusan penyakit," katanya.

Katanya, inisiatif tersebut berjaya mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan kaedah tersebut sedang diperluaskan di Jabatan Kecemasan dan Trauma serta wad perubatan di kedua-dua hospital tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan