Krisis Terengganu: Hishammuddin Minta Semua Bertenang

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2016 8:28 PM

Hishammuddin Tun Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin meminta semua pihak bertenang dan tidak beremosi mengenai perkembangan terbaru di Terengganu.

Naib Presiden Umno itu berkata, perkara tersebut masih belum jelas, namun beliau yakin isu itu dapat diselesaikan.

"Sebagai mantan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Terengganu, ini bukan perkara yang tidak pernah kita lalui.

"Yang penting sekarang ialah untuk kita pastikan bahawa apa dia perkara yang boleh memecah-belahkan kita, kita kurangkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Latihan Khidmat Negara 2.0 di Esplanade, KLCC di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berhubung penarikan balik darjah kebesaran termasuk 'Datuk Seri' oleh pihak istana.

Desas desus perkara itu menjadi viral di laman sosial sejak Sabtu.

Hishammuddin berkata, fokus terhadap isu itu kini adalah untuk memastikan kepentingan negeri dan badan perhubungan Umno negeri melebihi daripada kepentingan individu.

Katanya, jika kepentingan negeri dan parti diletakkan mengatasi kepentingan individu seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, perkembangan di Terengganu kali ini bulanlah satu perkara yang membimbangkan. 

Tiga majlis yang dihadiri Ahmad Razif pada Sabtu dan Ahad pula hanya menyebut beliau sebagai Menteri Besar tanpa menyebut nama atau gelarannya. 

Pihak media bagaimanapun tidak menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung penarikan balik darjah kebesaran itu.

Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 serta Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.

Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan