Masalah 'Polis Gemuk' Berjaya Ditangani Dengan Program 'Trim And Fit'

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2016 8:25 AM

Datuk Zulkifli Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program 'Trim and Fit' yang dilancarkan bagi menangani masalah obesiti dalam kalangan pegawai dan anggota polis sejak Februari lepas, akan diperluaskan kepada seluruh warga polis pada 2017.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata ini berikutan program itu menunjukkan kejayaan apabila seramai 28 daripada 35 peserta program perintis berkenaan berjaya menurunkan berat badan mereka setakat ini.

"Program perintis yang berakhir Jun ini akan mengumpulkan segala maklumat daripada pegawai dan anggota yang terlibat serta mencari satu rumusan yang sesuai sebelum diaplikasikan kepada seluruh warga polis," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Program Dalam Radar di Bernama Radio24 di sini.

Zulkifli berkata program berkenaan turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam memberikan panduan pemakanan dan latihan fizikal.

"Sebelum ini kita tidak jalankan latihan fizikal dengan cara yang betul, sebab itu hasilnya kurang baik," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan