Sekolah Tutup Jika Jerebu Bertambah Buruk

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2016 3:20 PM

Murid-murid sekolah sesi pagi keluar daripada sekolah sementara murid - murid sekolah sesi petang direhatkan disebabkan keadaan jerebu yang semakin teruk di Sekolah Kebangsaan Raja Muda, seksyen 4, di Shah Alam pada Selasa. Sebanyak 203 sekolah di Shah Alam, Subang Jaya, Seri Kembangan dan Kuala Langat diarahkan ditutup semula. Foto BERNAMA

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekolah-sekolah di negara ini akan ditutup jika keadaan jerebu bertambah buruk, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata sekolah-sekolah akan ditutup jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Katanya, kementerian itu telah menubuhkan bilik operasi selepas keadaan jerebu menjadi bertambah buruk awal minggu ini.

Beliau berkata bermula Isnin akan terdapat laporan harian daripada jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Kita akan membuat keputusan jika terdapat keperluan untuk menutup sekolah," katanya kepada pemberita di sini.

Dr Wan Junaidi dalam satu kenyataan hari ini berkata, jerebu di Lembah Klang terutamanya disebabkan oleh kebakaran tanah gambut di Selangor dan Pahang.

Di Miri, jerebu telah dikaitkan dengan pembakaran hutan di Bekenu dan Marudi.

Sehingga tengah hari Sabtu, Pelabuhan Klang dan Cheras masing-masing mempunyai bacaan IPU tidak sihat 114 dan 101, Banting (100), Shah Alam (96), Petaling Jaya (93) Batu Muda (97) dan Putrajaya (88) menunjukkan bacaan sederhana .

IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), 301 ke atas (bahaya).

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan