22 Julai Diisytihar Cuti Umum Kemerdekaan Sarawak

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2016 2:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tarikh 22 Julai diisytiharkan sebagai cuti umum sempena hari kemerdekaan Sarawak daripada penjajahan British.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem pada perasmian  kemuncak program 'Sejiwa Senada 2016' di Matang@Metro City di sini, Sabtu.

Cuti umum itu akan mula dilaksanakan tahun ini.

Beliau berkata pengisytiharan itu dibuat sebagai menghargai jasa pejuang  Sarawak.

"Pengisytiharan ini adalah untuk kenang jasa generasi lama yang berjuang untuk Sarawak," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sarawak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan