Anak Polis Berhak Jalankan Perniagaan - TKPN

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2016 2:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mana-mana individu termasuk anak anggota polis berhak menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan sekiranya mendapat kelulusan pihak berkuasa, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata, sekiranya mereka telah melalui kesemua prosedur yang ditetapkan, ini bermakna individu berkenaan tidak melakukan kesalahan.

"Apa yang penting, sebarang kerja yang dijalankan haruslah mengikut peraturan walaupun individu itu adalah anak anggota polis.

"Sesiapa sahaja di negara ini ada peluang yang sama untuk menjalankan sebarang perniagaan dan jika mereka mengikut peraturan, ini bermaksud tiada isu di situ," katanya dalam sidang media selepas merasmikan perbarisan tamat latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 3/2015 membabitkan 757 pelatih di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dalam satu portal berita kononnya anak kedua Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mempunyai sebuah syarikat senjata di Kuala Lumpur.

Menurut portal itu, orang awam boleh membeli senjata dan mendapat permit dengan mudah melalui syarikat berkenaan.

Ditanya sama ada polis akan menyiasat laporan yang dikeluarkan portal itu,  Noor Rashid berkata pihaknya akan meneliti dahulu kandungan yang dikeluarkan portal itu.

Dalam perkembangan lain, Noor Rashid menyarankan agar ibu bapa segera memaklumkan kepada pihak polis sekiranya mengesyaki anak mereka mempunyai kecenderungan ke arah kegiatan militan.

"Ini sebagai langkah awal bagi mengelakkan mereka (daripada) terus terjebak dengan ideologi militan seperti Daesh.

"Walaupun hanya sebilangan kecil pelajar yang terlibat, namun pemantauan dan kesedaran akan sentiasa dipertingkatkan," katanya.

Pada Khamis lepas, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata 46 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Daesh dikesan masih berada di Syria.

Terbaru seorang rakyat Malaysia dikenali Abd Ghani yang menggunakan nama Abu Bashir Al Malazy atau Abu Kedah terbunuh akibat terkena tembakan di dada dalam pertempuran dengan tentera Bashar al-Assad.

Tags / Kata Kunci: Polis , Pistol

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan