Ayah Pin Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2016 10:37 AM

Ayah Pin bersama empat isterinya.

(Ubah saiz teks)

BESUT: Arifin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin yang pernah menggemparkan negara dengan mengamalkan ajaran sesat 'kerajaan langit' meninggal dunia malam Jumaat.


Arifin, 74, meninggal dunia di rumah isteri ketiganya, Che Jaharah Awang, di Kampung Batu 13, Hulu Besut di sini pada kira-kira 8.30 malam tadi kerana sakit tua.

Menurut Che Jaharah, 56, suaminya itu didapati tidak sihat terutama sejak kembali semula ke Kampung Batu 13 selepas melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa pada 2005.

"Arwah mempunyai banyak penyakit dan sejak akhir-akhir ini kesihatannya sering terganggu," katanya ketika dihubungi Bernama Sabtu.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu pada 1986 telah mengeluarkan arahan bahawa ajaran dibawa Ayah Pin bertentangan dengan Islam dan sesat.

Pada Ogos 2005, Pejabat Tanah Besut juga telah mengambil tindakan merobohkan bangunan termasuk replika binaan yang didirikan Ayah Pin di sekitar kawasan tempat mereka mengadakan perhimpunan dengan pengikutnya kerana bertentangan dengan Islam.

Semasa mengetuai kerajaan langit, Arifin dipercayai berjaya mengumpulkan lebih 150 pengikut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan menerima laporan mengenai kematian Arifin melalui Balai Polis Pasir Akar, Hulu Besut hari ini.

Jenazah Arifin dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Batu 13 di sini, Sabtu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan