Sarawak Rakan Kongsi Penting Dalam Pembangunan Negara

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 2:56 PM

Datuk Seri Liow Tiong Lai

(Ubah saiz teks)

MIRI: Kerajaan Persekutuan melihat Sarawak sebagai rakan kongsi yang sangat penting, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bercakap semasa mengumumkan peruntukan tambahan RM285 juta untuk memperluaskan Lapangan Miri menjadi lapangan terbang antarabangsa, Tiong Lai berkata Sarawak memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi di seluruh negara.


"Kami di peringkat kerajaan Persekutuan melihat Sarawak sebagai rakan kongsi penting dalam pembangunan negara.

"Ini boleh dilihat dengan jelas oleh jumlah peruntukan kewangan, dan perhatian yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Persekutuan terhadap Sarawak.

"Ia bukan sahaja semasa pilihan raya. Kami sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat Sarawak walaupun dalam keadaan biasa.

"Kementerian saya memandang Sarawak sebagai hab penting bagi pengangkutan udara dan laut," katanya.

Selain peruntukan untuk Lapangan Terbang Miri, Tiong Lai turut mengumumkan peningkatan subsidi RM190 juta (dari RM160 juta) untuk perkhidmatan udara luar bandar di negeri ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan