500 Penjawat Awam Serbu Program Pemberian Percuma 3C JPA

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 7:21 PM

Sebahagian penjawat awam yang tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan percuma menerusi Projek 3C yang diadakan di Kompleks C, Putrajaya, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lebih 500 penjawat awam yang bertugas di Kompleks C di sini, tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan percuma disumbangkan warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Projek 3C (Care, Charity and Cherish), Jumaat.

Pelbagai barangan keperluan harian seperti beras, gula, susu tin serta barangan lain seperti pakaian terpakai, buku dan makanan yang dikumpulkan di 10 gerai, habis dalam masa tidak sampai setengah jam.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Jalil Marzuki ketika melancarkan program itu berkata, 3C yang bertemakan "Show A Care, Give A Share" menekankan aspek berbuat kebaikan dan menjadi wadah meningkatkan semangat kekitaan dalam meringankan beban penjawat awam.

"Usaha ini perlu dihayati dan disemarakkan untuk melentur keperibadian warga JPA dengan melaksanakan program-program yang amat relevan dengan Teras Strategik Kelima dalam Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam iaitu Membudaya Nilai.

"Tanpa penghayatan nilai-nilai murni, segala usaha untuk menjayakan pelaksanaan transformasi dalam perkhidmatan awam tidak akan dapat direalisasikan seperti mana yang dikehendaki dan diingini rakyat," katanya.

Program berkonsepkan 'free market' itu diharap menjadi contoh kepada kementerian dan agensi kerajaan lain untuk melaksanakan program yang sama bagi meringankan beban penjawat awam yang memerlukan.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Projek 3C , JPA , Jalil Marzuki

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan