PRN Sarawak: PKR Umum 35 Calon

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan 35 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang kecuali baki lima kerusi.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata rundingan sedang dijalankan mengenai siapa yang akan bertanding bagi lima kerusi berkenaan kerana terdapat pertindihan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut.

"Kami masih mempunyai dua hari untuk rundingan, dan kami pasti akan membuat keputusan dalam tempoh itu," katanya di sini Jumaat.

Tambah beliau adalah normal jika berlaku pertindihan kerusi dalam politik.

Peruntukan kerusi kepada pembangkang pada PRN kali ni ialah 30 untuk DAP, PKR (40) dan Parti Amanah Negara (13).

Berikut adalah senarai 35 calon PKR:

Opar - Francis Teron Kadap
Tanjong Datu - Jazolkipli Numan
Pantai Damai - Morni Samsudin
Tupong - Nurhanim Mokhsen
Satok - Mohamed Salleh Shawkatali

Batu Lintang
-  See Chee How
Batu Kitang - Voon Shiak Ni
Asajaya - Abang Junaidi Abang Gom
Serembu - Athina Klaywa Sim
Tarat - Musa Ngog

Tebedu
- Alex Saben Nipong @ Nyipong
Simunjan - Jamilah Baharuddin
Lingga - Abang Zulkifli Abang Engkeh
Balai Ringin - Nicholas Mujah Ason
Bukit Begunan - Jubri Atak

Engkilili
- Nicholas Bawin
Batang Ai - Kolien Liong
Saribas - Yakup Daud
Layar - Vernon Albert Kedit
Bukit Saban - Noel Changgai Bucking

Kalaka
- Jemat Panjang
Krian - Ali Biju
Meluan - Semana Sawang
Machan - Chen Nguk Fa
Nangka - Abdul Raafidin Majadi

Tamin
- Simon Joseph
Kakus - Joshua Jabing @ Jabeng
Jepak - Abdul Jalil Bujang
Bekenu - Bill Kayong
Lambir - Mohdak Ismail

Marudi
- Elia Bit
Telang Usan - Roland Engan
Ba'kelalan - Baru Bian
Belaga - Alex Lihan
Bukit Sari - Jamal Brahim

Tags / Kata Kunci: PRN Sarawak , PKR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan