Pemilik Rayani Air Diberi Tempoh Hingga Selasa Lunaskan Tunggakan Gaji

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 8:22 PM

Zulkalnain Azdan menunjukkan dokumen berkaitan ketika sidang media kakitangan Rayani Air berkenaan tunggakan gaji dan isu caruman KWSP di Bandar Baru Salak Tinggi pada Jumaat.
 Turut hadir, peguam Zaflee Pakwanteh (kanan).
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pemilik Rayani Air diberi tempoh sehingga Selasa ini untuk melunaskan tunggakan gaji kira-kira 400 kakitangan syarikat penerbangan itu untuk bulan Mac berjumlah RM1.5 juta.

Pengurus Operasi Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Zulkalnain Azdan yang mewakili kakitangan tersebut berkata sekiranya tunggakan itu gagal dilaksanakan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran dan isterinya, Datuk Karthiyani Govindan.

Selain isu tunggakan gaji, katanya, para pekerja yang berkhidmat di syarikat yang dikatakan 'patuh syariah' itu juga merasa tertipu apabila tiada pemotongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibuat.

"Kami cuba menghubungi Ravi namun sehingga kini tiada khabar daripada dia bagi menyelesaikan masalah yang melanda syarikat miliknya," katanya dalam sidang akhbar di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut terkilan apabila Ravi telah menggunakan saluran media untuk memutar belitkan cerita mengenai masalah yang dialami Rayani Air.

Beliau mendakwa antara pembohongan yang dibuat ialah dengan mengatakan pekerja mogok serta ada unsur sabotaj walhal ia tidak berlaku.

Katanya notis penggantungan operasi yang diumumkan secara mengejut pada 8 April oleh pihak Rayani Air juga dibuat tanpa perbincangan dengan pihak yang berkaitan menyebabkan kakitangannya merasai kesan dan berdepan masalah kewangan untuk meneruskan kehidupan.

Rayani Air yang memulakan operasi sejak Disember lalu adalah syarikat penerbangan yang pertama di Malaysia beroperasi berlandaskan patuh syariah.

Pada 11 April, Jabatan Penerbangan Awam telah mengeluarkan arahan pergantungan sementara Sijil Operator Udara Rayani Air selama tiga bulan.

Tags / Kata Kunci: Rayani Air , KWSP

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan