Negara Dijangka Alami Masalah Air Hingga September

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

TUARAN: Malaysia dijangka mengalami masalah bekalan air sehingga September berikutan cuaca panas yang dialami sekarang diramal berterusan sehingga tempoh itu, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata walaupun cuaca panas dan kering akibat fenomena El-Nino dijangka berakhir pada Jun tetapi perubahan angin monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas akan bermula Mei hingga September.

"Perubahan angin monsun Barat Daya akan berlaku pada Mei hingga September ini, iaitu musim panas dan kering yang dialami setiap tahun. Selepas itu hingga hujung tahun barulah beralih kepada musim tengkujuh," katanya.

"Cuaca panas dan kering serta perubahan angin monsun itu akan menyebabkan takungan air di empangan seluruh negara semakin menyusut dan kritikal," katanya  kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program inovasi pendidikan di Pusat Kegiatan Guru Tamparuli, di sini Jumaat.

Untuk itu, katanya operasi pembenihan awan sedang giat dijalankan dengan kerjasama agensi berkaitan bagi menghasilkan hujan di kawasan empangan termasuk di Perlis, Kedah, Perak, Johor dan Sabah.

Madius berkata operasi pembenihan awan itu akan dilakukan setiap hari  sekiranya tiada masalah teknikal berlaku.

"Operasi itu dibuat bagi memastikan air di empangan mencukupi agar bekalan dapat disalurkan secara berterusan (sepanjang cuaca panas dan kering).

"Justeru, operasi itu akan diteruskan sehingga matlamat tercapai dan bekalan air di empangan berada pada paras selamat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan