Struktur Mosaik 18.5 Meter Tertinggi Di Malaysia, Asia

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 9:52 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Struktur mosaik setinggi 18.5 meter di sebuah pusat beli-belah di sini dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai struktur mosaik buatan yang tertinggi di negara ini dan Asia.

Ia dinamakan 'Pillars of Sea' di Oceanus Waterfront Mall yang menggambarkan ikan lumba-lumba, penyu, obor-obor dan ikan pari yang dicipta syarikat berpangkalan di Pulau Pinang, Sculpture at Work, yang syarikat itu diktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco).

Datuk Bandar Kota Kinabalu (KK), Datuk Yeo Boon Hai berkata hasil seni tersebut mempamer keunikan fauna di Sabah di samping untuk mengingatkan orang ramai agar melindungi khazanah laut.

"Struktur-struktur tersebut merupakan ikon Sabah. Saya berharap lebih ramai pasar raya mencontohi usaha Oceanus Waterfront Mall untuk memelihara alam sekitar dan kebersihan di KK," katanya pada majlis penyerahan sijil MBR kepada pusat-belah Oceanus Waterfront Mall, Jumaat.

Sijil diterima Pengerusi Waterfront Urban Development Sdn Bhd, Datuk Abdul Ghani Abdul Rashid daripada Pengurus Besar MBR, Helilia Juana Hashim.

Setiap struktur tersebut berharga RM1 juta dan kesemuanya mengambil masa satu tahun untuk siap.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: MBOR , mosaik , Pillars of Sea , Yeo Boon Hai

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan