Laporan Negara Hak Asasi Manusia 2015 Mengenai Malaysia 'Tidak Berasas' - Wisma Putra

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 12:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Jumaat menjelaskan Laporan Negara Hak Asasi Manusia 2015 mengenai Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat adalah berdasarkan maklumat yang tidak berasas.

Malah, menurut Wisma Putra, sebahagian besar laporan bergantung pada sumber-sumber yang objektivitinya boleh dipersoalkan.

Wisma Putra dalam kenyataannya berkata kerajaan kesal dakwaan yang terkandung dalam laporan berkenaan bersifat selektif dalam memberi gambaran yang negatif terhadap kerajaan Malaysia, serta tidak mengambil kira usaha melindungi hak asasi manusia.

"Laporan tidak berasas Amerika Syarikat ini disediakan tanpa melibatkan konsultasi rasmi dengan kerajaan, walaupun Malaysia dan Amerika Syarikat mempunyai hubungan dua hala yang baik.

"Malangnya, pendekatan berat sebelah yang diambil Amerika Syarikat menolak pemahaman sebenar yang seimbang mengenai fakta bagi kes serta dakwaan yang dinyatakan dalam laporan berkenaan," kata kenyataan itu

Wisma Putra merujuk kepada Laporan Negara Hak Asasi Manusia 2015 mengenai Malaysia, yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada Laporan Tahunan Hak Asasi Manusia Negara-Negara, yang merangkumi 195 negara dan wilayah.

"Laporan itu juga jelas mencerminkan penilaian Amerika Syarikat yang berat sebelah berhubung perspektif kerajaan serta mengabaikan komitmen dan usaha kerajaan Malaysia berkaitan amalan hak asasi manusia di Malaysia.

"Amerika Syarikat terus mengabaikan hak kedaulatan Malaysia dalam menentukan hal ehwal dalamannya, yang mengambil kira keadaan sedia ada dan ancaman kepada masyarakatnya serta tanggungjawab kerajaan untuk melindungi keselamatan negara dan mengekalkan keamanan dan ketenteraman di negara ini," kata kenyataan itu.

Wisma Putra turut menegaskan bahawa Malaysia amat menghargai hubungan dua hala yang progresif dan dinamik dengan Amerika Syarikat dan percaya hubungan berkenaan mampu diperkukuhkan lagi sekiranya Amerika Syarikat memahami dengan jelas isu-domestik di Malaysia.

"Kerajaan Malaysia terus komited dalam memastikan kenikmatan kebebasan hak asasi seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Malaysia akan terus mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan setiap rakyat menikmati kebebasan hak asasi tanpa menjejaskan hak orang lain atau ancaman kepada keselamatan dan kestabilan negara," kata kenyataan itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan