Kerajaan Hormat Keputusan Mueller - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 11:46 AM

Datuk Seri Liow Tiong Lai bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Cemerlang Akademik Sesi 2015 dan melancarkan Minggu Anti Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi di Bentong, Khamis.

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Kerajaan menghormati keputusan Christoph Mueller untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd (MAB) lebih awal sebelum kontrak selama tiga tahunnya tamat atas masalah peribadi dan keluarga.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berterima kasih kepada Mueller atas jaminan untuk terus berada dalam Lembaga Pengarah MAB sebagai Pengarah Bukan Eksekutif bagi membantu syarikat penerbangan itu.

"Mueller dengan seikhlas hati dan berterus terang telah mengatakan masalah peribadi dan masalah keluarga sebagai alasan beliau membuat keputusan itu.

"Beliau juga masih komited untuk membantu syarikat penerbangan yang disifatkannya mempunyai masa depan yang cerah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Cemerlang Akademik Sesi 2015 dan melancarkan Minggu Anti Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi di sini, Khamis.

Beliau berkata hasrat Mueller untuk terus berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif di syarikat penerbangan nasional itu menunjukkan komitmennya kepada penstrukturan semula MAB.

"Ini jelas menunjukkan beliau komited kepada penstukturan semula dan pemulihan Malaysia Airlines dan akan membantu apa yang perlu dilakukan," katanya.

Liow meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu.

Beliau berkata pengisian jawatan yang dikosongkan Mueller akan ditentukan Khazanah Nasional Bhd dalam tempoh enam bulan akan datang, memandangkan tempoh peletakkan jawatan Mueller akan berkuat kuasa pada September.

Selasa lepas, MAB mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mueller, merangkap Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd (MAB), akan melepaskan jawatannya pada September 2016 namun berhasrat untuk terus berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Menurut kenyataan MAB itu, Lembaga Pengarah MAB sudah memperakui hasrat Mueller untuk berundur lebih awal berbanding kontrak asal sehingga 1 Mei, 2018 atas alasan peribadi.

Dalam kenyataan yang sama, Mueller menyuarakan rasa teruja untuk meneruskan cabaran tugas yang disifatkannya sebagai menarik, atas kapasiti jawatan eksekutifnya bagi tempoh enam bulan lagi.

"Malangnya, alasan peribadi ini akan menyukarkan saya untuk menyempurnakan tempoh perkhidmatan secara penuh," katanya.

Mueller menyertai Lembaga Pengarah Malaysia Airlines System Bhd sebagai Pengarah Bukan Eksekutif pada 1 Jan, 2015 dan memangku CEO MAB pada 1 Mac, 2015.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan