KDN Haram Lima Penerbitan

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 6:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima penerbitan dikenakan perintah larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan memudaratkan moral.

Dua daripada lima penerbitan tersebut - 'Ajaran Makrifat Syekh Siti Jenar' dan 'Israk Mikraj: Tinjauan Saintifik Di Sebalik Kontroversi' dikenakan perintah larangan kerana mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan mengandungi unsur-unsur yang boleh mengeliru dan merosakkan akidah umat Islam.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Hashimah Nik Jaafar dalam satu kenyataan berkata perintah larangan itu adalah mengikut Warta Kerajaan P.U.(A) 76 dan 77 bertarikh 29 Mac.

Sementara itu, Hashimah berkata tiga lagi penerbitan lain dikenakan perintah larangan mengikut Warta Kerajaan P.U. (A) 85,88, dan 89 bertarikh 4 April 2016.

"Penerbitan Sex, Pork, And Persecution: How's One Young Man's Fight Against Conformity Led to Imprisonment and Vilification dikenakan perintah larangan kerana mungkin memudaratkan kemoralan kerana mengandungi unsur-unsur lucah.

Penerbitan 'Orang Ngomong Anjing Gong Gong' pula mungkin memudaratkan ketenteraman awam, mungkin memudaratkan keselamatan dan mungkin memudaratkan kemoralan kerana mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan norma serta etika moral masyarakat Malaysia, katanya.

Selain itu, Grey (Fifty Shades of Grey As Told By Christian) turut diambil tindakan larangan berikutan penerbitannya yang mungkin memudaratkan kemoralan kerana mengandungi unsur-unsur lucah, katanya.

"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," tambahnya.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Tags / Kata Kunci: KDN

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan