Jerebu: PM Nasihat Orang Ramai Berjaga-Jaga

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Susulan keadaan jerebu yang kembali melanda beberapa kawasan pada masa ini, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar.

"Saya lihat jerebu telah kembali di beberapa kawasan. Saya harap semua berjaga-jaga, terutama yang bekerja atau selalu berada di luar. Pakai topeng muka dan sebagainya.

"Kegiatan fizikal di luar juga terutama untuk warga emas dan anak-anak, wajar dikurangkan sekiranya kawasan sekitar mengalami jerebu teruk," kata perdana menteri dalam catatan di laman Twitter Jumaat.


Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, Pelabuhan Klang, Selangor dan Miri, Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat setakat 11 pagi ini dengan bacaan masing-masing 105 dan 146.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata jerebu yang melanda Lembah Klang sejak Rabu berpunca daripada asap kebakaran di beberapa kawasan di Semenanjung termasuk kebakaran hutan tanah gambut di Kuala Langat dan Sepang, Selangor.

Katanya keadaan itu diburukkan lagi dengan cuaca panas dan kering, sekali gus menyebabkan pencemar udara terapung di udara.
Tags / Kata Kunci: jerebu , Datuk Seri Najib Tun Razak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan