Histeria Besar-Besaran Pernah Berlaku Di Era 70-an, 80-an

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 9:49 AM

Laporan mengenai kejadian histeria yang dilaporkan oleh akhbar The Star pada 13 Oktober 1972.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kejadian histeria yang menjadi sebahagian daripada tajuk utama selepas ia 'menyerang' beberapa buah sekolah di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini bukanlah satu perkara baharu.

Pada tahun 1970-an dan 1980-an, terdapat laporan kejadian sama berlaku di kalangan pekerja-pekerja wanita di beberapa kilang di Pulau Pinang.

Pada 13 Oktober 1972, The Star telah menulis tentang salah satu daripada kes histeria besar-besaran yang paling awal direkodkan, yang melibatkan 11 pekerja wanita di sebuah kilang elektronik di Pulau Pinang.

Dalam kejadian itu, bomoh terpaksa dipanggil sebelum kira-kira 300 daripada mereka dapat kembali bekerja.

Pekerja-pekerja wanita telah diserang histeria selama dua pagi berturut-turut selepas kejadian sama menyerang sekumpulan pekerja di kilang berhampiran.

Pada 19 Oktober 1981, The Star telah menemuramah pakar psikiatri Dr Teoh Jin Inn yang mengulas bahawa 'histeria adalah satu eskpresi permusuhan tanpa kekerasan fizikal'.

Pada 23 November 1989, The Star melaporkan bahawa kira-kira 40 operator pengeluaran di sebuah kilang di Bayan Lepas diserang histeria.

Dalam satu temu bual pada Khamis, bekas Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Pulau Pinang  M. Ramachandran berkata kes histeria terbesar yang pernah dihadapinya adalah pada tahun 70-an dan melibatkan 600 pekerja di sebuah kilang tembikar di Kulim, Kedah.


"Di Pulau Pinang, saya telah dipanggil untuk membantu apabila histeria besar-besaran berlaku di enam atau tujuh buah kilang di sana antara tahun 70-an dan 80-an.

"Kebanyakannya adalah kilang elektronik dan kilang tekstil," katanya.

Ramachandran berkata semua kes melibatkan wanita dan beliau tidak pernah melihat lelaki yang terjejas kerana histeria.

"Daripada pengalaman saya, ia bukan disebabkan oleh kuasa-kuasa ghaib.

"Histeria besar-besaran adalah disebabkan oleh tekanan di tempat kerja.

"Wanita-wanita itu keluar dari kampung mereka untuk bekerja di kilang-kilang. Mereka tidak biasa dengan persekitaran kerja dan tekanan daripada pihak atasan yang perlu dipenuhi, "katanya.

Kes terbaharu berlaku di Kelantan, di mana histeria besar-besaran melanda pelajar di SMK Pengkalan Chepa 2 pada 11 April, dilaporkan menjejaskan lebih daripada 100 pelajar dan guru.

Tags / Kata Kunci: histeria , SMK Pengkalan Chepa 2

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan