Barang Pos, Kurier Perlu Melalui Pemeriksaan Kastam Untuk Sekat Penyeludupan

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 11:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Penghantaran barang menggunakan perkhidmatan syarikat pos dan kurier akan melalui pemeriksaan oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menyekat aktiviti penyeludupan barang terlarang.

Pegawai Perhubungan Media Bahagian Komunikasi Pejabat Pos Malaysia, Mohd Asyraf Mohd Fauzi berkata selagi Kastam tidak memeriksa dan mengesahkan kandungan barang yang dihantar, pihaknya tidak akan mengedar barang berkenaan kepada penerima. 

"Biasanya pihak kastam akan periksa dahulu kandungan barang yang dikurier sebelum diserahkan kepada syarikat kami (Pos Malaysia).

"Lepas pihak kastam dah periksa, tak mengandungi barang-barang terlarang, barulah kita akan ambil dan edarkan kepada penerima," katanya kepada Bernama di sini. 

Pada 21 Mac lalu, polis berjaya menumpaskan dua sindiket penyeludupan dadah yang menggunakan khidmat kurier dan berjaya merampas 4.8 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1 juta dalam dua serbuan di Nilai, Negeri Sembilan dan Klang, Selangor serta menahan tiga lelaki warga Afrika yang terlibat dalam sindiket itu.

-- Bernama
Tags / Kata Kunci: Pos Malaysia , Kastam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan