UPSI, Luncai Emas Jalin Kerjasama Dalam Bidang Seni

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 11:18 PM

(Ubah saiz teks)

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Luncai Emas Sdn Bhd bagi menjalin kerjasama dalam bidang seni.

UPSI diwakili Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr Sahandri Gani Hamzah sementara Luncai Emas diwakili Datuk M Nasir dan disaksikan Pendaftar UPSI Mohd Faizi Othman serta Dekan Fakuti Muzik dan Seni (FMSP) Persembahan Profesor Madya Zaharul Laliliddin Saidon.

Menurut kenyataan UPSI, MoU itu turut melibatkan pertukaran kepakaran untuk latihan industri serta praktikal dalam tempoh lima tahun buat penuntut institusi itu bersama Luncai Emas.

"UPSI juga akan menawarkan kepakaran melalui FMSP kepada Luncai Emas dengan melaksanakan program berkaitan penghasilan karya seni dan pencarian bakat baharu termasuk dalam penulisan lirik dan penggubahan lagu," menurut kenyataan itu di sini, Khamis malam. 

Terdahulu, pada majlis itu Dr Sahandri berkata ikon muzik seperti M.Nasir akan memberi ilham serta galakkan kepada pelajar UPSI untuk menjayakan persembahan yang bermutu sekali gus menyerlahkan bakat sedia ada.

Sementara itu, M. Nasir berkata pihaknya berharap kerjasama itu dapat memberi impak serta pengalaman kepada pelajar jurusan seni di UPSI. 

"Kami di Luncai Emas ingin menjadikan MoU ini sebagai asas atau platform menyalurkan pelbagai pengalaman, penciptaan lagu dan lirik, kemahiran kreatif serta pengurusan seni kepada pelajar.

"Kejayaan dalam industri seni menuntut pengorbanan kerana seseorang itu tetap ada jatuh bangun termasuk penyanyi, pemuzik, pencipta lagu, penulis lirik atau peniaga seni," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: UPSI , Luncai Emas , M. Nasir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan