"Konsep Patuh Syariah Rayani Air Perlu Kekal" - Ravi

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran mahu konsep patuh syariah dikekalkan walaupun selepas pelabur baharu mengambil alih dan menguruskan operasi syarikat penerbangan itu. 

Beliau yang juga ketua pegawai eksekutif syarikat berkata, konsep tersebut adalah identiti Rayani Air sejak penubuhannya untuk memberi perkhidmatan penerbangan kepada segenap lapisan masyarakat, berbilang agama dan kaum. 

Oleh itu, tambah Ravi, beliau akan melihat pengekalan konsep patuh syarikat sebagai ‘syarat’ dalam memuktamadkan pelabur baharu.

“Saya sedia melepaskan 51 peratus pegangan saham kepada pelabur baharu, sekali gus ia bermakna pelabur tersebut akan menguruskan operasi Rayani Air selepas ini dan ia perlu diurus serta dikembangkan dengan lebih baik berlandaskan sebuah syarikat penerbangan patuh syariah.

“Dua syarat paling utama bagi memilih pelabur ialah syarikat yang memberi suntikan dana bagi membolehkan Rayani Air terus beroperasi dan berkembang serta Rayani Air dikekalkan sebagai syarikat penerbangan patuh syariah.

“Sebab itu saya perlu berhati-hati dalam pemilihan pelabur. Saya berharap pelabur yang berminat terhadap Rayani Air memahami perkara ini,” katanya kepada mStar Online di pejabatnya di sini, Rabu.

Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran mahu konsep patuh syariah terus dikekalkan.

Pada Rabu, portal berita ini melaporkan sebanyak lapan syarikat berminat untuk melabur antara RM50 juta hingga RM100 juta kepada Rayani Air dan ia kini dalam proses rundingan sebelum dimuktamadkan secepat mungkin.

Ditanya tidakkah pegangan saham 51 peratus membolehkan pelabur mengubah Rayani Air kepada konsep yang bukan lagi patuh syariah, Ravi berkata, hanya pelabur yang benar-benar percaya dan yakin dengan konsep sedia ada akan dipilih.

Dedah Ravi, ada pelabur yang menyuarakan hasrat untuk mengubah Rayani Air kepada konsep lain, bermakna bukan lagi syarikat penerbangan patuh syariah sekiranya ia mengambil alih syarikat itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana urusan berkaitan pelabur dan dana masih dalam rundingan dan tawaran pelaburan masih terbuka kepada semua.

“Apa yang boleh saya katakan, saya mahu pelabur yang mengekalkan konsep patuh syariah. Saya gembira kerana terdapat beberapa pelabur lain masih melihat Rayani Air mempunyai potensi sebagai syarikat penerbangan patuh syariah.

“Mereka bukan sahaja mahu mengembangkan Rayani Air ke peringkat lebih tinggi, malah mahu menyasarkan pasaran umrah,” ujar Ravi.

Rayani Air merupakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia dan keempat di dunia.

Dalam pada itu, Ravi berharap agar hasratnya untuk mengekalkan konsep patuh syariah tidak dipersoalkan hanya kerana statusnya sebagai pemilik bukan Islam.

“Isunya bukan kerana saya seorang pemilik bukan Islam, tetapi apa yang utama adalah Malaysia sebagai negara pelbagai agama dan kaum. Oleh itu, saya minta konsep patuh syariah dikekalkan kerana membantu kepada penjenamaan Malaysia,” katanya.

Minggu lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengumumkan penggantungan operasi Rayani Air selama tiga bulan, dan inkuiri ke atas syarikat penerbangan itu pada 12 Mei depan.

Rayani Air merupakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia dan keempat di dunia selepas Royal Brunei Airlines, Saudi Arabian Airlines dan Iran Air.

Pada masa ini, Rayani Air melaksanakan perkhidmatan penerbangan patuh syariah menerusi penyediaan makanan halal tanpa minuman beralkohol, anak kapal beragama Islam perlu menutup aurat manakala bukan Islam berpakaian sopan, serta bacaan doa sebelum memulakan penerbangan.

Tags / Kata Kunci: Rayani Air , Ravi Alagendrran , patuh syariah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan