Dr Mahathir Sudah Tidak Relevan - Puad Zarkashi

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 11:22 PM

Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk DrMohd Puad Zarkashi menganggap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semakin kehilangan pengaruh dan sudah tidak relevan lagi setelah gagal dalam cubaannya menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Dr Mahathir perlu menerima hakikat bahawa semua perancangannya untuk menyingkirkan Najib gagal dilaksanakan walaupun menyebar fitnah tentang derma RM2.6 bilion.

"Sebelum ini Tun M (Dr Mahathir) mengaitkan Najib dengan kehilangan dana RM4.2 bilion, namun laporan telah dibuat oleh hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuktikan Najib tidak bersalah.

"Begitu juga dengan isu RM2.6 bilion, Menteri Luar Arab Saudi sudah sahkan bahawa wang tersebut adalah dana politik. Adakah Tun M akan minta maaf setelah semua ini terbukti?" kata Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa). 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Jasa Connectivity (JS) oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini, Khamis.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri A Latiff Awang dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Terengganu Adli Kesah.

Puad berkata sokongan terhadap Dr Mahathir jelas menurun apabila tidak ramai yang menghadiri program anjurannya sendiri. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tun Mahathir , Mohd Puad Zarkashi

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan