Finalis APO2016: Norjuma Bimbang Anak Terpengaruh ‘Ajaran Sesat’

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 8:32 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu perkara yang menjadi kebimbangan bekas personaliti TV3, Norjuma Habib Mohamed dalam membesarkan anak-anaknya adalah salah faham dan pengaruh 'ajaran sesat'.

Norjuma, 36, berkata, dalam membesarkan tiga anaknya, beliau mahu mereka faham mengenai asas kehidupan yang memerlukan seorang manusia itu berusaha untuk mendapatkan sesuatu, tidak hanya bergantung kepada kesenangan sedia ada.

"Saya paling takut salah faham anak-anak bahawa bila sudah ada duit, sudah ada semuanya, mereka tak perlu berkerja.

"Itu adalah salah faham dan banyak ibu bapa mengajar anak-anak seperti itu yang pada saya dianggap 'ajaran sesat'," katanya dalam temubual bersama mStar Online, baru-baru ini.

Norjuma, pengasas tudung Bawal Aidijuma merupakan lima calon yang mendapat undian tertinggi kategori Ikon Niaga Muda Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016) di mana pemenangnya akan diumumkan pada malam 30 April ini.

Norjuma ketika diwawancara DJ Suria fm baru-baru ini.

Ibu kepada Aqil Razak, 10, Arif Razak, 8, dan Ariz Razak, 6 ini berkata perniagaan yang dimilikinya sekarang adalah 'waris' untuk mereka dan ia juga menjadi alasan mengapa beliau menceburi bidang ini.

Katanya, dengan melihat kesibukan dirinya menguruskan perniagaan setiap hari, beliau berharap ketiga-tiga mereka dapat menjadikan belajar dan berkerja sebagai satu disiplin, budaya dan tabiat dalam kehidupan mereka.

"Alasan saya terlibat dalam perniagaan supaya suatu hari nanti saya akan dapat mengajar mereka tentang kehidupan berkerja walaupun mereka tak terlibat dalam perniagaan.

"Sangat penting tak kira siapa dan latar belakang kita, anak orang kaya, anak raja, lahir dah memang kaya tapi yang penting dalam hidup manusia ialah bagaimana kita bangun pagi setiap hari untuk belajar dan keluar berkerja...itu yang saya nak wariskan kepada anak-anak saya," katanya.

Norjuma berkata walaupun sentiasa sibuk menguruskan perniagaan, anak-anaknya tetap menjadi keutamaan, justeru pembahagian masa adalah sangat penting bagi dirinya yang bergelar ibu dan ahli perniagaan.

"Saya tak mahulah asyik kerja sampai anak terabai, tapi kalau saya tak kerja macam mana saya nak ajar mereka," katanya.

Jelasnya, mengajar anak-anaknya tentang proses kehidupan tidak bermaksud beliau tidak mahu melihat mereka hidup senang dan menjalani kehidupan yang sempurna.

"Saya lihat ramai antara kita yang nak jadi jutawan atau ahli perniagaan tapi yang paling penting bagi mereka adalah gaya hidup mewah.

"Itu adalah satu salah faham dalam kehidupan dan saya berdoa sehabis mungkin supaya perkara-perkara salah faham dan ‘ajaran sesat' ini saya tidak wariskan kepada anak-anak saya.

Tak salah untuk kita jalani kehidupan yang baik tapi asas kehidupan, disiplin, kerja dan tentang ‘kalau mahukan wang kena usaha dapatkan wang’, perkara-perkara ini sangat penting untuk mereka tahu," katanya.

APO2016 akan berlangsung pada 30 April ini menerusi TV2.

Pengundian calon lima terbaik boleh dibuat menerusi laman http://apo.mstar.com.my/undi.aspx

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan