Mesyuarat Tripartite Berhubung Pencarian Pesawat MH370 Dijadual Akhir Jun Ini

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 4:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung operasi pencarian pesawat MH370 akan diputuskan Malaysia, Australia dan China semasa mesyuarat tripartite peringkat menteri yang dijadual diadakan akhir Jun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, keputusan yang akan diambil itu akan mengambil kira nasihat teknikal daripada Pasukan Pakar Satelit.

"Walaupun flaperon yang telah dijumpai di Pulau Le Reunion telah disahkan milik MH370, operasi pencarian akan diteruskan di kawasan pencarian yang sedia ada di Lautan Hindi.

"Ini adalah berdasarkan hasil analisis data yang telah ditentusahkan oleh pasukan pakar di kawasan seluas 120,000 kilometer (km) persegi sebagai mempunyai kebarangkalian tertinggi mengesan pesawat tersebut," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara di sini, Khamis.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin mengenai kedudukan terkini laporan kehilangan MH370.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parlimen, Abdul Aziz berkata pencarian pesawat hilang itu akan dihentikan di kawasan seluas 120,000km persegi dan setakat ini pencarian telah memasuki 103,000km persegi di selatan Lautan Hindi. 

"Kita mempunyai 17,000km persegi lagi untuk pencarian dan dijangka dapat selesaikan pencarian dalam masa dua bulan. Selepas itu, kami (Malaysia, Australia dan China) akan bermesyuarat bersama pakar untuk mendapatkan nasihat sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Abdul Aziz juga mengesahkan dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti berasal dari MH370, menurut Laporan Pemeriksaan Teknikal yang dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Katanya, Malaysia juga akan meminta kerjasama Mozambique untuk memaklumkan kepada Malaysia sekiranya terdapat serpihan lain yang dijumpai di negara itu.

Semalam, Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia Darren Chester berkata Laporan Pemeriksaan Teknikal ATSB menunjukkan kedua-dua serpihan yang dijumpai di Mozambique adalah daripada sayap pesawat MH370.

Kedua-dua serpihan itu ditemukan berasingan di Mozambique pada Disember tahun lepas dan Februari tahun ini.

Pesawat malang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014. 

Pada masa ini, usaha mencari dilakukan di selatan Lautan Hindi yang mana laluan penerbangan MH370 dipercayai berakhir.--Bernama

Tags / Kata Kunci: MH370 , Aziz Kaprawi , Dewan Negara

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan