IPU Di Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Terjejas - Berita Semasa | mStar

IPU Di Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Terjejas

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 10:27 AM

Keadaan di Klang pada pukul 7.30 pagi Rabu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Indeks pencemaran udara (IPU) mencecah ke paras tidak sihat di beberapa kawasan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan, tetapi ia bukan disebabkan oleh titik panas di Indonesia.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan bahawa keadaan berjerebu sejak Rabu adalah disebabkan oleh sumber-sumber pencemaran tempatan bersama dengan penurunan kadar kelembapan sehingga 60 peratus.

"Peningkatan bacaan IPU adalah kerana pembakaran terbuka, asap kenderaan dan cuaca lebih kering kerana kesan El Nino," kata seorang jurucakap Jabatan Alam Sekitar, Rabu.

Tahun lepas, berlaku jerebu merentasi sempadan berikutan amalan tebang dan bakar untuk membersihkan tanah perladangan kelapa sawit di Indonesia yang telah menyebabkan Malaysia diselaputi jerebu tebal.

Kualiti udara mencapai tahap tidak sihat dan menyebabkan banyak sekolah ditutup di beberapa negeri.

Pada Rabu, bacaan IPU di Shah Alam dan Banting masing-masing meningkat kepada 151 dan 101 pada jam 3 petang sebelum menurun ke tahap sederhana (bawah 100) sejam kemudian.

Bacaan IPU di Batu Muda, Kuala Lumpur mencapai 111 pada pukul 5 petang dan 121 di Nilai dalam tempoh yang sama.
Tags / Kata Kunci: IPU , jerebu , JAS
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan