PRN Sarawak: DAP Namakan 29 Calon

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 12:46 PM

Chong Chieng Jen

(Ubah saiz teks)

KUCHING: DAP Sarawak telah menamakan 29 calon untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) ke-11 dan akan meletakkan satu lagi calon berikutan peletakan jawatan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), Larry Sng.

Senarai calon telah diumumkan oleh Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen yang berkata parti itu pada mulanya meletakkan calon Larry Asap bagi kerusi Baleh, tetapi dia kini akan bertanding di Bukit Goram.

"Malam tadi Larry Sng yang sepatutnya bertanding di Bukit Goram, meletak jawatan. Oleh itu, kita bercakap dengan mereka dan bersetuju bahawa kami akan bertanding kerusi itu.

"Bagi kerusi Baleh, kita akan membuat keputusan mengenai calon pada Sabtu," katanya.

Chieng Jen berkata, senarai calon itu termasuk 17 muka baru dan enam calon wanita. Beliau berkata ini adalah kali pertama parti itu telah meletakkan lebih ramai calon Dayak.

Mengenai keyakinan DAP untuk menang, beliau berkata, "Kami hanya bertanding apabila kami yakin untuk menang."

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa parti itu akan berdepan masalah di kerusi-kerusi bandar mengambil kira populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

"Ketua menteri telah berubah (sejak pilihan raya yang lepas) dan perasaan di kalangan rakyat adalah sedikit berbeza sejak era Tun Taib Mahmud," kata beliau.

Berikut adalah senarai penuh calon:

1. Mordi Bimol (Tasik Biru)
 2. Wong King Wei (Padungan)
 3. Violet Yong (Pending)
 4. Christina Chiew (Batu Kawah)
 5. Abdul Aziz Isa (Stakan)
 6. Sanjan Daik (Mambong)
 7. Andrew Edward Luak (Bukit Semuja)
 8. Andrew Nyabe (Kedup)
 9. Leon Jimat (Simanggang)
 10. Chong Chieng Jen (Kota Sentosa)
 11. Yong Siew Wei (Repok)
 12. Ting Tze Fui (Meradong)
 13. Rinda Juliza Alexander (Pakan)
 14. Richard Lias (Ngemah)
 15. Irene Mary Chang Oi Ling (Bukit Assak)
 16. Yap Hoi Liong (Dudong)
 17. Chiew Sung Ngie (Bawang Assan)
 18. David Wong (Pelawan)
 19. Frankie Bendindang (Pelagus)
 20. Paren Nyawi (Katibas)
 21. Larry Asap (Bukit Goram)
 22. Kenneth Adan Silek (Murum)
 23. Chiew Chiu Sing (Tanjong Batu)
 24. Leighton Manjah (Kemena)
 25. Baba Emperan (Samalaju)
 26. Alan Lie Sie Kiong (Piasau)
 27. Dr Ting Tiong Choon (Pujut)
 28. Baru Langub (Senadin)
 29. Paul Raja (Mulu)

Tags / Kata Kunci: calon DAP , PRN Sarawak , Chong Chieng Jen

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan