Bas Rempuh 12 Kenderaan Di Lampu Isyarat

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 7:04 PM

Kelihatan beberapa kenderaan rosak teruk apabila sebuah bas merempuh 12 buah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Tambun-Sunway, berdekatan pasaraya Giant, Tambun pagi Khamis.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebuah bas merempuh 12 kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Tambun-Sunway, berdekatan pasar besar Giant, di Tambun dekat sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata dalam kejadian pada 7.36 pagi itu, bas yang membawa 35 penumpang sedang dalam perjalanan dari Tanjung Rambutan menghala ke Ipoh. 

"Apabila sampai di lampu isyarat berkenaan, pemandu bas dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu melanggar 12 kenderaan di hadapan yang berhenti kerana lampu isyarat merah.

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya dalam sebuah kenyataan di sini.

Menurut Sum sehingga pukul 4 petang tadi pemandu serta 11 lagi pemilik kenderaan terbabit telah membuat laporan polis dan tiada tangkapan dibuat setakat ini. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Bas rempuh 12 kenderaan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan