MyBeras: 85,401 Keluarga Layak Terima 20kg Beras Sebulan

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 85,401 keluarga miskin tegar layak menerima bantuan 20 kilogram (kg) beras percuma setiap bulan menerusi program MyBeras, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata jumlah penerima bantuan itu dibuat berdasarkan data e-Kasih yang dikeluarkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sehingga 15 Mac lepas.

"Menurut data daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) pula, seramai 12,467 keluarga miskin tegar orang Asli berhak menerima bantuan beras percuma di bawah program itu," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, Khamis.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Lucas Umbul mengenai langkah kementerian dalam mengagihkan beras MyBeras kepada golongan sasar serta kriteria yang diperlukan bagi melayakkan mereka memohon program itu.

Ahmad Shabery berkata tiga negeri utama yang akan menerima bantuan di bawah program itu ialah Sabah iaitu 31,055 keluarga, diikuti Sarawak 30,094 keluarga dan Kelantan seramai 13,417 keluarga.

Ahmad Shabery berkata kerajaan telah menetapkan penerima MyBeras adalah berdasarkan data miskin tegar e-Kasih yang merupakan rujuk tunggal Data Kemiskinan Nasional dan senarai miskin tegar Orang Asli di bawah data eDamak yang diselaraskan Jakoa.

Paras garis kemiskinan tegar yang diguna pakai ICU yang ditetapkan Unit Perancang Ekonomi bagi sebuah isi rumah adalah RM580 sebulan di Semenanjung Malaysia, RM710 bagi Sabah dan Labuan, manakala RM660 sebulan di Sarawak.

Kepada soalan tambahan Senator Datuk Mohd Salim Sharif mengenai tarikh pelaksanaan program MyBeras, Ahmad Shabery berkata ia dijadualkan dilaksanakan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan pada 7 Mei 2016.

"Sepatutnya (program MyBeras) sudah dilaksanakan. Tetapi kita tidak mahu ia dipolitikkan sebab sekarang pilihan raya itu sudah hampir. Jadi kita akan tunggu selepas pilihan raya Sarawak," katanya.

Program MyBeras diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Januari lepas. Di bawah program itu setiap keluarga yang layak akan menerima 20kg beras setiap bulan dari Mei hingga Disember tahun ini.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MyBeras , Ahmad Shabery Cheek , ICU , Jakoa

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan