Malaysia Tidak Perlu Campur Tangan Asing Majukan Negara - Najib

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 7:55 PM

Najib (dua kanan) menyampaikan replika cek kepada Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juita Ghazali pada perasmian Minggu Amanah Saham Malaysia (MASM) 2016 di Stadium Mini Tapah, Rabu. Foto: SAIFUL BAHRI/The Star

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Malaysia tidak memerlukan campur tangan asing untuk mencorak dan menentukan hala tuju negara.

Beliau berkata urusan dalam negara selayaknya ditentukan oleh rakyat sendiri kerana formula itu telah terbukti berjaya. 

"Kita jangan minta orang asing campur tangan dalam hal urusan kita. Biarlah urusan dalam negera ditentukan oleh rakyat sendiri," katanya ketika berucap merasmikan Minggu Amanah Saham Malaysia (MASM) 2016 di Stadium Mini Tapah pada Rabu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib memberikan contoh Permodalan Nasional Bhd (PNB) merupakan antara institusi yang boleh dibanggakan kerana bukan sahaja berjaya memiliki pelbagai hartanah di kawasan tertentu dalam negara, malah di seberang laut. 

"Inilah (PNB) salah satu kejayaan kita selama ini yang boleh kita banggakan, (hartanah) yang dulunya dimiliki oleh orang asing di London dan sebagainya sekarang ini dimiliki oleh rakyat Malaysia," katanya.  

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata contoh kejayaan Malaysia yang dibentuk mengikut acuan tersendiri adalah Malaysia Airport Holdings Bhd (MABH) yang menjadi pemilik penuh dan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha GGokcen di Istanbul, Turki. 

"Lapangan terbang ini telah mencatat pertumbuhan yang paling pantas di Eropah selama lima tahun berturut-turut," katanya.

Selain itu perdana menteri berkata Malaysia perlu mempunyai strategi tersendiri untuk menjadi juara di peringkat rantau serta global dan bukannya hanya memikirkan soal tempatan. "

"Inilah intipati kepada perjuangan kita, tetapi akhirnya kita mesti kembali tentukan destini kepada perjuangan dan masa depan sendiri," katanya. 

MASM 2016 yang bertemakan 'Pelaburan 360 PNB' berlangsung selama sembilan hari mulai hari ini dan pelbagai pameran serta aktiviti pendidikan pelaburan disediakan kepada para pengunjung. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan